Sakaran Dandai

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Sakaran Dandai
Remove ads

Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai (15 April 1930 – 30 Ogos 2021) ialah seorang ahli politik Barisan Nasional - UMNO di Malaysia. Beliau merupakan mantan Ketua Menteri Sabah ke-8 dari Mac 1994 hingga 26 Disember 1994. Dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Semporna, Sabah dari Ogos 1986 hingga April 1995. Beliau juga pernah menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah dari tahun 1995 hingga 2002.

Fakta Segera Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-8, Didahului oleh ...
Remove ads

Keluarga

Sakaran Dandai dilahirkan pada 15 April 1930 di Kampung Air, daerah Semporna, Sabah, utara Borneo. Bapa beliau bernama Dandai Ajibuddin Jamaluddin, dari keturunan Bajau Kubang dan Tidung. Nama sebenarnya ialah Sakaran Mohd Hashim. Sakaran Dandai melangsungkan perkahwinannya dengan Toh Puah Hajah Siti Rukaiyah Panglima Abdullah. Mereka mempunyai sembilan orang anak, dua lelaki dan tujuh perempuan. Anaknya Nasir Sakaran turut menyertai dunia politik di atas tiket parti UMNO di Sabah.

Remove ads

Pendidikan

Sakaran bersekolah di Sekolah Rendah Semporna (1937-1941). Semasa pernjajahan Jepun, beliau pernah melawat Jepun buat beberapa ketika. Apabila kembali ke Semporn, beliau sekolah di Sekolah kerajaan Sabah. Selain itu beliau belajar agama dari 1945-1948.

Kerjaya

Dari 1949-1967, beliau di jabatan kerajaan negeri Sabah di Semporna dan Lahad Datu.

Politik

Sakaran menjadi Pengerusi UMNO Sabah yang baru ditubuhkan ketika itu. UMNO ditubuhkan selepas kerajaan negeri Sabah terlepas kepada Parti Bersatu Sabah (PBS), pimpinan Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1990. Dalam Pilihan raya negeri Sabah 1994, Pairin Kitingan berjaya ditewaskan dan Sakaran Dandai dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-8 pada bulan Mac 1994. Pada 26 Disember 1994, jawatan Ketua Menteri itu diserahkan kepada Salleh Said Keruak. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) telah mengilhamkan sistem penggiliran jawatan itu bagi meleraikan kemelut politik bagi menjayakan kempen Pilihan raya negeri Sabah 1994. Pemimpin dari tiga kaum utama iaitu Bumiputera Islam, Cina dan Bumiputera bukan Islam mengetuai kerajaan negeri secara bergilir-gilir bagi tempoh dua tahun. Dalam tempoh 10 tahun tujuh orang bergilir-gilir menjawat jawatan Ketua Menteri, iaitu Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Tun Said (menggantikan Sakaran berikutan pelantikan Sakaran sebagai Yang Dipertua Negeri), Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Osu Sukam, Datuk Chong Kah Kiat dan Musa Aman.

Yang di-Pertua Negeri Sabah

Sementara Sakaran menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah mulai 1 Januari 1995 dan disambung semula untuk satu penggal lagi pada Januari 1999. Beliau menyandang jawatan itu sehingga 31 Disember 2002. Ketua Menteri ketika itu ialah Datuk Chong Kah Kiat.

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Year, Kerajaan ...
Remove ads

Anugerah dan penghargaan

Tempat yang menggunakan nama beliau

  1. Taman Marin Tun Sakaran, Semporna, Sabah.
  2. Muzium Tun Sakaran, Semporna, Sabah.
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran, Semporna, Sabah.
  4. Dewan Tun Sakaran, Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah.

Meninggal Dunia

Beliau meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu pada 30 Ogos 2021 pukul 5.30 pagi setelah lima hari dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital itu akibat jangkitan COVID-19.[4][5] Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Makam Pahlawan yang terletak di pekarangan Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu pada pukul 11.50 pagi.[6][7]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads