Musa Aman

ahli politik Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia

Musa Aman
Remove ads

Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman (Jawi: موسى أمان; lahir 30 Mac 1951) atau lebih dikenali secara ringkas sebagai Tun Musa Aman ialah seorang pesara ahli politik dan bekas Ketua Menteri Sabah di Malaysia yang berasal dari Beaufort, Sabah Borneo, Malaysia Timur.[2]

Fakta Segera Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11, Dilantik oleh ...

Beliau adalah salah satu bekas Ketua Menteri Sabah yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah. Tun Musa Aman telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 berkuatkuasa serta-merta pada 1 Januari 2025. [3] Tun Musa Aman telah diberi penghormatan Panglima Besar Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada 17 Disember 2024. Beliau mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pada tarikh 1 Januari 2025, dalam jam 10.00 pagi waktu Malaysia.

Remove ads

Maklumat tambahan

Beliau merupakan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Sabah tetapi telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO-Sabah selepas kejatuhan UMNO di Sabah pada tahun 2018. Selepas perletakkan jawatan oleh Tan Sri Musa Aman, Jawatan pengerusi UMNO telah diberikan kepada Datuk Bung Moktar Radin dari Parlimen Kinabatangan. Pada Pilihan raya negeri Sabah 2020, Tan Sri Musa Aman disahkan tidak akan bertanding atas mana-mana kerusi ADUN di Sabah kerana dikatakan ingin memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain serta Parti-Parti lain untuk memegang jawatan Ketua Menteri Sabah dan menyandang kerajaan baru di Sabah.

Remove ads

Kehidupan awal

Ibu Musa ialah berbangsa Dusun dari Daerah Keningau, manakala nenek moyangnya melalui susur galur bapanya berketurunan Pakistan dari Daerah Beaufort. Beliau mendapat pendidikan rendah di sekolah rendah Anglikan St. Paul, Beaufort dan kemudiannya menghadiri Kolej Sabah dan Sekolah Menengah All Saints, kedua-duanya di Kota Kinabalu untuk pendidikan menengahnya. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Teknologi Mara atau UiTM (dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara, ITM) untuk ijazah sarjana muda dalam Pentadbiran Perniagaan dan meneruskan pengajiannya untuk mendapatkan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Edith Cowan, Perth, Australia.

Beliau meminati dunia perniagaan sejak zaman sekolah rendah lagi. Pada tahun 1973, beliau meneruskan minat perniagaannya di Sandakan. Beliau kemudiannya meletakkan Syarikat Musman Holdings Sdn Bhd di bawah pengawasannya dan merupakan pengerusi City Finance Berhad dari 1983 hingga 1995. Beliau kemudiannya menjadi ketua eksekutif Innoprise Corporation pada 1995 dan juga pengerusi Sabah Softwood Berhad (di bawah Innoprise Corporation) pada tahun yang sama.

Remove ads

Kerjaya

Beliau pernah dilantik sebagai Konsul Kehormat di Bangladesh. Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pegawai bank pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif City Finance Berhad {Julai 1983 - April 1995), Pengerusi dan Ketua Eksekutif Innoprise Corporation (ICSB). Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Pengarah Sinora, Innoprise International Incorporated, dan Pengerusi Sabah Softwoods Berhad.[4] .

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Hajah Faridah binti Haji Tussin dan dikurniakan 4 orang anak. Di antara anak-anaknya termasuklah Mohammed Hayssam dan Hazem.[5]

Sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah

Pada tarikh 17 Disember 2024, Musa Aman telah diberi penghormatan Panglima Besar Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan diiktiraf terus oleh YDPA Malaysia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah (Governor of Sabah) ke-11, berkuatkuasa pada 1 Januari 2025, beliau telah dilantik untuk menjadi Governor ke-11 Sabah atas sebab pengalaman beliau memimpin Sabah dalam tempoh masa yang panjang dan rekod sebagai Ketua Menteri pertama yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Sabah.[6]

Tun Musa Aman, berumur 73 tahun, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028. Pelantikan Musa adalah bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Januari 2011.[7] Istiadat tersebut turut disaksikan Perdana Menteri ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Sabah ke-16, Datuk Seri Hajiji Noor.[8] Hadir sama pada istiadat itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. Tun Musa Aman, yang merupakan anak jati Beaufort yang terletak kira-kira 97 km ke selatan Kota Kinabalu, dilahirkan pada 30 Mac 1951. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Edith Cowan University, Australia. Beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-14 pada 27 Mac 2003, menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat dan memegang jawatan itu selama lima penggal sehingga 12 Mei 2018, menjadikannya Ketua Menteri Sabah yang pertama paling lama memegang jawatan tersebut. Selain berkhidmat sebagai Ketua Menteri, Musa yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga selama enam penggal (1994-2020) juga pernah memegang pelbagai jawatan penting, termasuk Menteri Kewangan Sabah, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, dan Konsul Kehormat Malaysia di Bangladesh.[9]

Remove ads

Politik

Beliau mula aktif sebagai seorang ahli politik sekitar tahun 1980 melalui parti USNO. Beliau pernah dilantik sebagai Bendahari UMNO Sabah pada 23 Mac 1991 selepas UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah. Pada 16 Mac 1992, beliau dilantik memegang jawatan Bendahari Barisan Nasional Sabah. Pada 20 Mac 1999, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Kemudian pada 27 Mac 2001, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah. Pada 27 Mac 2003, beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-14. Kerjaya beliau sebagai Ketua Menteri Sabah berakhir pada 12 Mei 2018 apabila Datuk Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal yang merupakan Presiden Warisan mendakwa memiliki 35 ADUN yang menyokong beliau dan telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-15 pada 12 Mei 2018 pukul 9.15 Malam di depan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.[10], [11]

Remove ads

Keputusan pilihanraya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Remove ads

Penghormatan

Kehormatan Malaysia

Penghormatan asing

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads