ZALORA

From Wikipedia, the free encyclopedia

ZALORA
Remove ads

ZALORA adalah peruncit fesyen dan kecantikan dalam talian yang menjual pakaian, aksesori , kasut dan produk-produk kecantikan untuk wanita dan lelaki. Beribu pejabat di Singapura, ZALORA jugak bertapak di Hong Kong, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Malaysia dan Brunei. ZALORA menjual barangan daripada jenama antarabangsa dan juga jenama tempatan di setiap negara yang beroperasi. ZALORA juga beroperasi di Australia dan New Zealand sebagai di The Iconic. Ia merupakan pelaburan perdana / pelaburan terpenting oleh Rocket Internet di Singapura.

Fakta Segera Jenis/bentuk sah, Industri ...
Remove ads

Sejarah

2012

Pada awal tahun 2012, ZALORA melancarkan beberapa laman web setempat di Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.[1]

2013

Pada suku pertama tahun 2013 , ZALORA melanjutkan perkhidmatan ZALORA Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran ke Brunei. Pada pertengahan 2013, ZALORA selesai pusingan pertama pembiayaan , dengan peningkatan sebanyak AS $ 100 juta. [2]

Pada suku terakhir 2013, ZALORA melancarkan label persendirian, Ezra by ZALORA . ZALORA juga mengumumkan bahawa satu persetujuan telah dicapai untuk menjadi pengedar dalam talian tunggal bagi jenama fesyen dari UK iaitu River Island di Asia Tenggara. [3]

ZALORA juga mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menyempurnakan pusingan kedua pembiayaan mereka, dengan penjanaan sebanyak AS $ 112 juta. [4] Pembiayaan ini telah dikenal pasti untuk mengiatkan usaha ZALORA bagi mengembangkan penawaran produk dan asas pasaran. [5]

2014

Pada suku pertama 2014 , ZALORA mengumumkan rancangan untuk menubuhkan sebuah Marketplace. [6]

12.12 Online Fever [7] yang dianjurkan setiap tahun pada 12 Disember adalah satu inisiatif dari ZALORA untuk meningkatkan perkembangan e-dagang dengan bekerjasama bersama pemain-pemain e-dagang yang lain. Usaha dengan pemain e-dagang yang berlainan industry dari seluruh rantau bertujuan untuk menarik minat serta keyakinan pelanggan melakukan pembelian atas talian. Sama seperti jualan Black Friday, pelanggan akan menikmati diskaun yang menarik sebelum cuti Hari Natal sepanjang tempoh Online Fever.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads