Aiskrim

From Wikipedia, the free encyclopedia

Aiskrim
Remove ads

Aiskrim (Jawi: أيسکريم) adalah sejenis pencuci mulut dibuat dari hasil tenusu seperti krim (atau bahan sama jenis dengannya) dicampurkan dengan perasa dan pemanis. Protein-protein dan lemak dalam susu menghasilkan campuran emulsi yang memerangkap buih-buih udara; campuran ini dibekukan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar serta memekatkan campuran.[1] Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais yang dibubuh garam untuk menurunkan titik beku air.

Fakta Segera Jenis, Jenis sajian ...
Thumb
Aiskrim di sebuah kedai di bandar Rom.

Perkataan aiskrim dipinjamkan daripada perkataan ice cream dalam bahasa Inggeris yang bermaksud "air batu putar".[2]

Remove ads

Pembuatan

Aiskrim moden komersil dibuat daripada campuran bahan di bawah ini:

  • 10-16% lemak susu
  • 9-12% susu pejal tanpa lemak: komponen ini, juga dikenali dengan serum pejal, mengandung protein (kasein dan protein wei) dan karbohidrat (laktosa) ditemukan dalam susu
  • 12-16% pemanis: biasanya gabungan sukrosa dan/atau pemanis sirap jagung berdasarkan-glukosa
  • 0.2-0.5% penstabil dan pengemulsi, misalnya agar-agar atau karagin yang diambil dari rumpai laut
  • 55%-64% air yang berasal dari susu padat atau bahan lainnya.

Bahan-bahan ini membentuk bahagian pepejal aiskrim yang kecil pada produk akhir, yang selebihnya merupakan udara yang dimasukkan sewaktu proses pemutaran bahan-bahan ini. Aiskrim yang mempunyai harga yang murah diperolehi daripada bahan-bahan yang murah serta kemasukan udara yang lebih banyak sehingga 50% isipadu produk akhir. Bahan-bahan penstabil dibubuh untuk memekatkan lagi campuran emusi supaya mengawal kadar pembentukan kristal air batu dalam campuran serta memlembutkan rasa aiskrim.[3]

Aiskrim datang dalam pelbagai jenis perisa, seringklainya dengan bahan tambahan seperti kepingan coklat, kekacang, buah-buahan dan gula-gula kecil. Antara perisa aiskrim yang kerap dijual di pasar-pasar adalah perisa vanila, coklat, strawberi, and Neapolitan (gabungan ketiga-tiga perisa tersebut).

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads