Halia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Halia
Remove ads

Halia (nama botani: Zingiber officinale) merupakan sejenis tumbuhan dalam genus Zingiber; rimpangnya diambil dan selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dan perubatan tradisional.[2] Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara Maritim[3] dan diusahakan orang-orang Austronesia selain temu putih dan lempoyang[4] tanaman-tanaman ini lama-kelamaan tersebar ke India, China, Afrika Barat dan kepulauan Karibia.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Nama binomial ...

Rimpang mudanya dihiris, atau dilecek bersama sambal belacan yang dimakan sebagai ulam dengan nasi; rasanya sedikit pedas dan lidas. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.

Remove ads

Penamaan

Nama halia (Jawi: هليا) diturunkan daripada kata akar Proto-Austronesia *laqia;[5] kata-kata seasalnya termasuk aliah dan lia dalam bahasa Iban, lahya dalam bahasa Komering dan lahia dalam bahasa Nias.[6][7][5]

Nama-nama lain serantau Nusantara termasuk:[6][7]

Jenis

Terdapat tiga jenis yang lazim dijual di pasaran iaitu:[8]:44–45

  • Halia gajah/badak (Z. officinale var. Roscoe): yang paling disukai di pasaran antarabangsa. Bentuknya besar gemuk dan rasanya tidak terlalu pedas. Isi rimpang berwarna kuning hingga putih.
  • Halia kuning: yang banyak dipakai sebagai rempah masakan. Rasa dan aromanya cukup tajam. Ukuran rimpang sedang dengan warna kuning.
  • Halia merah (Z. officinalevar. Rubrum): tinggi minyak pati dan mempunyai rasa paling pedas, sehingga cocok untuk bahan dasar farmasi dan jamu; bahkan, digunakan pula sebagai pengawet semulajadi di industri makanan kerana bersifat antibakteria membasmi bakteria patogen dan perosak makanan.[8]:45 Ukuran rimpangnya paling kecil dengan kulit warna merah dan serat lebih besar dibandingkan dengan halia biasa.
Remove ads

Botani

Thumb
Rimpang halia muda

Halia sejenis tumbuhan herba sederhana besar setinggi 60 hingga 125 sentimeter. Ia dikategorikan sebagai tumbuhan kultigen, yakni, ia tidak hidup liar kerana kehilangan kemampuannya membiak melalui biji seperti kebanyakan jenis rempah lain dan hanya biasa dibiakkan melalui tampang-tampang yang dipilih manusia.[4] Rimpang halia tumbuh mendatar bawah tanah, ia tebal dengan isi berwarna kuning dan kulit berwarna perang muda. Sel-sel dalam rimpangnya menghasilkan sebatian kimia gingerol yang memberikan warna kuning dan bau wangi istimewa halia.[9]:298–300

Batang yang tumbuh dari rimpang ini tegak dan tidak berkayu, tunas-tunas baru berwarna kemerahan. Helai daunnya berrbentuk bujur dengan hujung menirus, berwarna hijau tua, tepi licin, tangkai daun keluar dari rimpang.[perlu rujukan]

Bunganya sederhana besar, putih kekuningan, jambak bunga jantan dan betina keluar dari celah kelopak daun.[perlu rujukan]

Remove ads

Khasiat

Rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin-vitamin A, B dan C, lemak, asid organik, minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.[perlu rujukan]

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir, dan darah haid berbau hamis.[perlu rujukan]

Kegunaan

Dalam masakan

Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar dan halia kering. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halwa halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan. Rizom halia lazimnya dihiris dan diseduh di dalam air panas, atau dicampur bersama air rebusan daun teh untuk membuat teh halia.

Perubatan

Dalam perubatan, halia biasanya diambil dalam bentuk minuman halia (misalnya teh halia atau air rebusan halia), halia kering atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.[10]

Kegunaan lain

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.

Remove ads

Galeri

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads