1811 - Para pemimpin wangsa Mamluk dibunuh oleh Raja Mesir, Muhammad Ali.
1845 - Presiden Amerika Syarikat ke-10, John Tyler menandatangani rang undang-undang yang membenarkan Amerika Syarikat mengilhakkan Republik Texas sebagai negeri gabungan.
1932 - Anak lelaki Charles Lindbergh, Charles Augustus Lindbergh III, diculik.
1933 - Penubuhan Rejimen Askar Melayu: Seramai 25 orang pemuda terpilih untuk menyertai Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu dan memulakan latihan di Haig Lines, Port Dickson.
2000 - Hans Blix menduduki jawatan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Pemantauan, Pengesahan dan Pemeriksaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNMOVIC).
2002 - Mata wang euro menggantikan peseta selaku mata wang kegunaan Sepanyol.
2012 - Letusan puting beliung di Barat Tengah dan Tenggara Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya 40 kematian.
2013 - 14 orang anggota PDRM terkorban selepas diserang hendap oleh penceroboh dari wilayah Sulu yang berasal dari Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah, Malaysia.