4 Februari merupakan hari ke-35 dalam kalendar Gregory . Tinggal 330 hari (atau 331 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Bendera Sri Lanka
Churchill, Roosevelt dan Stalin di Yalta
USS Nautilus (SSN-571)
211 - Maharaja Rom Septimius Severus yang gering mangkat di Eboracum (kini York , England), maka penguasaan Empayar Rom direbut oleh dua orang anakandanya Caracalla dan Geta .
960 - Zhao Kuangyin dinobatkan sebagai Maharaja Taizu dari Song , maka bermulanya Dinasti Song yang memerintah China selama lebih tiga abad.
1703 - 46 daripada empat puluh tujuh Ronin melakukan seppuku di Edo (kini Tokyo ), sebagai pampasan membela kematian tuan mereka Daimyo Akō Asano Naganori .
1789 - Badan Perwakilan Pemilih Amerika Syarikat sebulat suara mengundi George Washington selaku Presiden Amerika Syarikat untuk penggal pertama.
1792 - Badan Perwakilan Pemilih Amerika Syarikat sebulat suara mengundi George Washington selaku Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua.
1794 - Majlis perundangan Perancis memansuhkan amalan perhambaan di seluruh wilayah Republik Perancis .
1859 - Constantin von Tischendorf menjumpai semula Kodeks Sinai , manuskrip uncial Bible Greek abad ke-4, di Biara St. Catherine di kaki Gunung Sinai di Mesir.
1862 - Salah satu pengeluar rum terbesar di dunia, Bacardi diasaskan di sebuah kilang penyulingan kecil di Santiago de Cuba , Cuba.
1899 - Pertempuran Manila meletus, memulakan Perang Filipina-Amerika .
1915 - Perang Dunia Pertama : Jerman mengistiharkan sekatan kapal selam kepada Britain.
1932 - Empayar Jepun menawan bandar raya Harbin , China.
1936 - Radium E menjadi unsur radioaktif buatan sintetik yang pertama.
1943 - Perang Dunia Kedua : Berakhirnya Pertempuran Stalingrad .
1945 - Perang Dunia Kedua: Winston Churchill , Franklin D. Roosevelt dan Joseph Stalin bertemu di Persidangan Yalta (gambar) di Yalta , Semenanjung Krimea.
1948 - Ceylon (kini Sri Lanka ) menjadi negara merdeka dalam naungan Komanwel British .
1957 - Kapal selam berkuasa nuklear pertama USS Nautilus (gambar) mencapai 60,000 batu nautika , menyamai jarak Nautilus yang diceritakan dalam novel Jules Verne Twenty Thousand Leagues Under the Sea .
1966 - Pesawat Boeing 727 All Nippon Airways terhempas di Teluk Tokyo , meragut 133 nyawa.
1969 - Yasser Arafat menjadi pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin .
1997 - Presiden Serbia Slobodan Milošević akur kemenangan pembangkang di pilihan raya November 1996.
1999 - Amadou Diallo , seorang pendatang Afrika Barat tak bersenjata, ditembak mati oleh empat orang anggota polis Bandar Raya New York , maka mengeruhkan hubungan antara kaum di kota tersebut.
2003 - Republik Persekutuan Yugoslavia secara rasminya dinamakan semula sebagai Serbia dan Montenegro lalu menerima guna perlembagaan baru.
2004 - Facebook , sebuah rangkaian sosial Internet, diasaskan oleh Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya.
2010 - Burj Khalifa , struktur tertinggi pernah dibina , dibuka kepada awam di Dubai , Emiriah Arab Bersatu.
2011 - Parlimen Nepal melantik Jhala Nath Khanal sebagai Perdana Menteri , mengakhiri kebuntuan politik tujuh bulan.
2011 - Perdana Menteri Myanmar Thein Sein dinamakan sebagai Presiden , ekoran pilihan raya umum 2010 .
2013 - Ahli arkeologi mengecam jasad manusia yang ditemui di Leicester sebagai milik Richard III dari England .