From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Anugerah Akademi ke-75 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2002 dan berlangsung pada Mac 23, 2003 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Gil Cates dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz.[3] Steve Martin mengacarakan majlis ini buat kali kedua selepas kali pertama mengacara semasa Anugerah Akademi ke-73 pada tahun 2001.[4] Dalam sebuah majlis di Hotel Regent Beverly Wilshire, Beverly Hills, California pada Mac 1, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Kate Hudson.[5]
Anugerah Akademi ke-75 | ||||
---|---|---|---|---|
Tarikh | Mac 23, 2003 | |||
Tempat | Teater Kodak Hollywood, Los Angeles, California, A.S. | |||
Rangkaian | ABC | |||
Pramajlis | Jann Carl Chris Connelly Jim Moret Shaun Robinson[1] | |||
Pengacara | Steve Martin | |||
Penerbit | Gil Cates | |||
Pengarah | Louis J. Horvitz | |||
Tempoh | 3 jam, 30 minit[2] | |||
Filem Terbaik | Chicago | |||
Anugerah terbanyak | Chicago (6) | |||
Pencalonan terbanyak | Chicago (13) | |||
|
Chicago memenangi enam anugerah termasuk Filem Terbaik.[6][7] Pemenang-pemenang yang lain termasuk The Pianist dengan tiga anugerah, Frida dan The Lord of the Rings: The Two Towers dengan dua anugerah dan Adaptation, Bowling for Columbine, The ChubbChubbs!, 8 Mile, The Hours, Nowhere in Africa, Road to Perdition, Spirited Away, Talk to Her, This Charming Man dan Twin Towers dengan satu anugerah.
Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-75 diumumkan pada Februari 11, 2003 di Teater Samuel Goldwyn, Beverly Hills, California oleh Frank Pierson, presiden Akademi dan pelakon Marisa Tomei.[8] Chicago menerima pencalonan terbanyak dengan tiga belas. Ia merupakan filem kelapan untuk menerima pencalonan sebanyak itu.[9] Gangs of New York menduduki tempat kedua dengan sepuluh pencalonan.[10]
Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Mac 23, 2003.[11] Chicago menjadi filem muzikal pertama untuk memenangi Filem Terbaik sejak filem 1968, Oliver![12] Pada umur 29 tahun, Adrien Brody menjadi individu termuda untuk memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.[13] Dengan pencalonan ke-13 dalam karier beliau, Meryl Streep menjadi individu dengan pencalonan terbanyak dalam sejarah Oskar.[14]
Pemenang dinyatakan dalam huruf tebal.[15]
Filem Terbaik | Pengarah Terbaik |
---|---|
|
|
Pelakon Lelaki Terbaik | Pelakon Wanita Terbaik |
|
|
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik |
|
|
Lakon Layar Asal Terbaik | Lakon Layar Adaptasi Terbaik |
|
|
Filem Animasi Terbaik | Filem Bahasa Asing Terbaik |
|
|
Filem Dokumentari Terbaik | Dokumentari Terbaik - Subjek Pendek |
|
|
Filem Pendek Aksi Terbaik | Filem Pendek Animasi Terbaik |
|
|
Skor Muzik Asal Terbaik | Lagu Asal Terbaik |
|
|
Suntingan Bunyi Terbaik | Adunan Bunyi Terbaik |
|
|
Arahan Seni Terbaik | Sinematografi Terbaik |
|
|
Solekan Terbaik | Rekaan Kostum Terbaik |
|
|
Suntingan Filem Terbaik | Kesan Visual Terbaik |
|
|
12 filem berikut menerima pencalonan berganda:
|
Empat filem berikut menerima anugerah berganda:
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.