From Wikipedia, the free encyclopedia
"Berikan saya kebebasan, atau berikan saya kematian" adalah satu petikan kata daripada ucapan yang dihasilkan oleh Patrick Henry semasa beliau menyampaikannya dalam Konvensyen Virginia Kedua pada 23 Mac 1775 di Gereja St. John di Richmond, Virginia, Amerika Syarikat.
Beliau dikreditkan dengan memberi imbangan dalam meyakinkan konvensyen itu untuk meluluskan satu resolusi, untuk menghantar angkatan Virginia ke Perang Revolusi. Di antara delegasi konvensyen tersebut adalah Presiden Amerika Syarikat pada masa akan datang iaitu Thomas Jefferson and George Washington.
Ucapan yang dibuat oleh Henry tidak diterbitkan sehinggalah majalah The Port Folio mencetak satu versi ucapan itu pada tahun 1816.[1] Versi ucapan yang diketahui hari ini muncul pertama kalinya di dalam cetakan Sketches of the Life and Character of Patrick Henry, satu biografi Henry yang ditulis oleh William Hart pada tahun 1817.[1] Terdapat perbahasan dalam kalangan sejarawan sama ada, dan sejauh mana, Henry atau Wirt harus dikreditkan dengan penulisan ucapan dan kata-kata penutupnya yang terkenal.[1][2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.