From Wikipedia, the free encyclopedia
Zon Selamat Pantai Timur Sabah (atau disingkatkan ESSZONE, dari bahasa Inggeris: Eastern Sabah Security Zone ) ialah sebuah kawasan keselamatan yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak pada 25 Mac 2013 berikutan dengan krisis pencerobohan yang berlaku di bahagian timur Sabah sebagai tambahan kepada ESSCOM.[1] Ianya merangkumi kawasan daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.[1][2] Tujuh balai polis akan dibangunkan di zon berkenaan dan lima batalion pasukan keselamatan berserta satu briged PGA akan turut ditempatkan.[2][3][4] Datuk Seri Musa Aman telah dilantik sebagai pengerusi zon ini.[5] Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan awal sebanyak RM200m bagi membina infrastruktur.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.