Sandakan
Bandar di Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sandakan (Tulisan Jawi: سنداکن), merupakan salah sebuah bandaraya utama di Sabah dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di Teluk Sandakan menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau Borneo dan mempunyai penduduk berjumlah 479,121 orang (2009). Penduduk bumiputera Suku Bangsa Suluk ,Bajau dan sungai bukan Bumiputera Bangsa Cina ,Cina dan juga bangsa lain yang merantau ke Sandakan ataupun Sabah Seperti Bugis daripada pelusuk indonesia ,serta suku lain yang telah menetap sekian lama di Sandakan menjadi sebahagian penduduk tetap Sandakan.
Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo Utara semasa zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak kem tahanan perang dan pembinaan lapangan terbang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945. Peristiwa Kawat Maut Sandakan di penghujung perang dunia kedua bermula di daerah ini.
Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Taman Pulau Penyu. Lapangan Terbang Sandakan merupakan lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara ke bandar ini.
Remove ads
Etimologi

Petempatan Eropah yang pertama dibina oleh seorang penyeludup senjata berbangsa Scotland dari Glasgow bernama William Clark Cowie yang menamai petempatan tersebut "Sandakan", (dalam bahasa Suluk yang bermaksud "Tempat yang dipajak").[2] Petempatan itu kemudian dinamakan semula Kampong German (Kampung Jerman), disebabkan ada beberapa pangkalan German di sana. Apabila satu petempatan baru lagi dibina tidak lama selepas petempatan Cowie yang sebelumnya hancur dalam kebakaran, petempatan itu dipanggil Elopura, yang bermaksud "bandar indah".[3] Nama tersebut diberi oleh Syarikat Borneo Utara British namun orang tempatan terus menggunakan nama lama dan kemudian diubah balik kepada Sandakan.[3][4][5] Selain nama Elopura, petempatan itu juga digelar Little Hong Kong (Hong Kong Kecil) disebabkan oleh ramai kaum Cina berhijrah dari Hong Kong (kebanyakannya suku Kantonis dan Hakka).[6][7][8] Pryerlah orang yang memberi petempatan tersebut nama Elopura yang bermaksud "bandar indah". Beberapa tahun kemudian, petempatan tersebut dinamakan semula Sandakan sekali lagi.[9] Nama Elopura, walau bagaimanapun, masih digunakan untuk beberapa majlis kerajaan tempatan Dewan Undangan Negeri Sabah, termasuk pilihan raya.[10] Bandar tersebut biasanya dirujuk sebagai "Sandakan" sekarang dan bukan "Elopura" atau "Little Hong Kong". Walau bagaimanapun, usaha telah dibuat untuk membangunkan Sandakan agar bandar itu sesuai untuk mempunyai nama "Little Hong Kong" semula.[11][12]
Remove ads
Sejarah
Ketika awal 1870-an, pantai timur Sabah berada di bawah pemerintahan Sultan Sulu yang turut memerintah kawasan yang kini merupakan Filipina selatan. Pendudukan Eropah yang terawal di kawasan ini ditubuhkan oleh William Clarke Cowie, seorang penyeludup senjata api berbangsa Scotland dari Glasgow yang mendapat izin daripada Sultan untuk mendirikan tapak perdagangan yang kecil. Cowie menamakan penempatannya sebagai "Sandakan", iaitu istilah bahasa Sulu bagi "tanah yang digadai", namun kemudiannya tempat ini dikenali sebagai "Kampong German" kerana kehadiran sebilangan besar orang Jerman yang bertapak di sini. Penempatan ini merupakan sebahagian daripada pajakan yang diperoleh dari konsul Austria-Hungary Baron von Overbeck daripada Sultan Sulu pada tahun 1878. Setelah pajakan itu dibeli oleh rakan von Overbeck yang berbangsa British, Alfred Dent, Kampong German teranap pada 15 Jun 1879. Residen British yang baru, William B. Pryer, memutuskan untuk tidak membina semula kampung itu, sebaliknya berpindah ke Buli Sim Sim pada 21 Jun 1879. Beliau menamakan penempatan baru beliau itu "Elopura", yang bermaksud Bandar yang Indah. Beberapa tahun kemudian, namanya ditukar kembali ke "Sandakan". Nama Elopura masih memaksudkan salah sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri di Sandakan. Populasi penduduk Sandakan terdiri daripada masyarakat Cina, Sungai, Suluk, Bajau, Kadazandusun dan lain-lain.
Pada tahun 1883, pusat pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dipindahkan dari Kudat ke Sandakan. Pada pertengahan 1930-an, eksport kayu balak Sandakan mencapai angka rekod 180,000 meter padu, menjadikannya pelabuhan pengeksport kayu balak tropika yang terbesar di dunia. Pada zaman kemuncak lambungan hasil balak, Sandakan menjadi tumpuan jutawan terbesar di seluruh dunia.
Pendudukan Jepun di Sandakan ketika Perang Dunia II bermula pada 19 Januari 1942 dan bertahan sehingga sebuah briged Divisyen Ke-9 Australia membebeaskannya pada 19 Oktober 1945. Pentadbiran Jepun memulihkan nama Elopura untuk bandar ini. Antara kezaliman yang berlaku ketika Perang Dunia II ialah Kawat Kematian Sandakan, apabila askar Jepun hendak memindahkan sekitar 6,000 orang tawanan perang di Sandakan 260 km (160 batu) ke pekan Ranau di pedalaman Sabah. Tawanan-tawanan yang berjaya menempuh perjalanan ke Ranau hidup-hidup diasakkan ke dalam pondok-pondok yang kotor; kebanyakan mereka ini mati sama ada akibat penyakit disenteri atau dibunuh oleh pengawal penjara. Setelah tamatnya perang, Sandakan ranap keseluruhannya, sebahagiannya akibat pengeboman Kuasa Berikat dan sebahagian lagi oleh pihak Jepun. Oleh itu, setelah Borneo Utara menjadi Tanah Jajahan British pada tahun 1946, ibu negerinya dipindahkan ke Jesselton (kini dikenali sebagai Kota Kinabalu).
Sandakan masih merupakan pelabuhan kedua terpenting di Sabah, selepas Kota Kinabalu. Pelabuhan ini penting untuk eksport kayu balak, kelapa sawit, tembakau, koko, kopi, gentian manila, dan sagu. Sandakan juga adalah antara bandar-bandar yang paling sibuk di Malaysia Timur.
Sejak kebelakangan ini, semakin banyak perniagaan telah memindahkan operasinya dari pusat bandar gara-gara kehadiran ramai pendatang tanpa izin di pusat bandar. Pada bulan Januari 2003, Sandakan Harbour Square, sebuah projek pembaharuan bandar, dilancarkan untuk cuba menghidupkan kembali pusat bandar sebagai pusat komersial utama di Sandakan. Projek ini akan menampilkan sebuah pasar besar dan pasar ikan yang baru (telah siap pada tahun 2006), sebuah pusat membeli-belah (Sandakan Harbour Mall), hotel, dan lot-lot kedai 3 dan 4 tingkat. Projek ini sedang dalam empat fasa dan dijangka siap pada awal tahun 2012.
Remove ads
Bom tentera Berikat بوم تنترا برايکت
Pada 26 November 2007, beberapa butir bom bersaiz besar ditemui di tapak perumahan rakyat berhampiran Taman Perumahan Airport Baru dan Kuaters 22 RAMD Kem Sri Kinabatangan. Semasa Perang Dunia II, kem tentera British di Sandakan di Jalan Army Camp Batu 7 menjadi sasaran utama serangan. Ada di antara bom-bom yang digugurkan itu tidak meletup dan terbenam di dalam tanah.
Pemangku Ketua Polis Sandakan DSP Ooi Guan Siew mengarahkan kerja-kerja memusnahkan bom itu dijalankan pada 27 November 2007.[13]
Geografi
Sandakan terletak di pantai timur Sabah menghadap Laut Sulu, dengan sebuah bandar yang dikenali sebagai salah satu daripada bandar pelabuhan di Malaysia.[14] Bandar ini terletak kira-kira 1,900 kilometer dari ibu negara Malaysia Kuala Lumpur, 28 kilometer dari sempadan antarabangsa dengan Filipina dan 319 kilometer dari ibu negeri Sabah Kota Kinabalu.[15][16] Daerah ini sendiri dikelilingi oleh Beluran (dikenali sebagai Daerah Labuk-Sugut sebelum ini) dan daerah Kinabatangan.[17][18] Tidak jauh dari bandar, terdapat tiga Pulau Penyu Malaysia iaitu Selingaan, Gulisaan dan Bakkungan Kechil.[19] Pulau terdekat dengan bandar ini ialah Pulau Berhala, Pulau Duyong, Pulau Nunuyan Darat, Pulau Nunuyan Laut, dan Pulau Bai.[17]
Iklim
Sandakan mempunyai iklim hutan hujan tropika di bawah pengelasan iklim Köppen. Iklim di Sandakan agak panas dan lembap dengan suhu teduh sederhana sekitar 32 °C, dengan sekitar 32 °C pada waktu tengah hari menurun sehingga sekitar 27 °C pada waktu malam. Bandar ini mengalami kerpasan sepanjang tahun, dengan kecenderungan pada bulan Oktober hingga bulan Februari menjadi bulan terlembap, manakala bulan April ialah bulan terkering. Min hujan di Sandakan berubah-ubah dari 2184 mm hingga 3988 mm.[20][21]
Remove ads
Demografi
Bangsa dan agama




Menurut Banci Malaysia pada tahun 2010, seluruh kawasan perbandaran bandar raya mempunyai populasi 396,290 orang penduduk.[25] Penduduk bukan Malaysia membentuk sebahagian besar populasi bandar raya tersebut dengan 144,840 orang diikuti Bumiputera lain (100,245).
Cina (63,201), Bajau/Suluk (38,897), Melayu (22,244) - (Melayu Brunei dan Kedayan yang berhijrah dari Pantai Barat Sabah) juga Melayu Cocos yang bermigrasi dari daerah Tawau, Kadazan-Dusun (16,616), Murut (519).
Terdapat juga etnik-etnik Bumiputera lain seperti Ida'an, Orang Sungai, Bugis, orang Jawa dan Banjar (100,245), India (974) dan lain-lain (8,754).[25]
Kebanyakan penduduk bukan Malaysia dari selatan Filipina.[11][26] Populasi Cina di sini bahagian sama yang kebanyakannya Kantonis (keturunan pedagang laut yang menetap di Pantai Timur Borneo Utara) dan juga Hakka (kebanyakan berketurunan penghijrah sukarela dan pelarian Pemberontakan Taiping), yang tiba semasa zaman British dan mempunyai petempatan asal mereka sebelum di bandar yang kini dikenali sebagai Kampung Sungai Kebun Cina.[7] Bangsa Bajau, Suluk dan Melayu beragama Islam, Kadazan-Dusun dan Murut kebanyakannya mengamalkan agama Kristian dengan beberapa daripada mereka menjadi orang Islam[27] manakala bangsa Cina kebanyakannya beragama Buddha, Tao dan beberapa Kristian.[28][29] Terdapat bilangan kecil beragama Hindu, Sikh dan Animisme.
Kumpulan besar bukan penduduk telah dikenal pasti kebanyakannya orang Islam, dan terdapat beberapa wanita Filipino Kristian yang memeluk agama Islam untuk mengahwini Filipino Islam di sini.[26] Seperti di Kota Kinabalu, gelombang pertama pendatang ini tiba pada lewat abad ke-15 semasa penjajahan Sepanyol, manakala yang lain tiba pada awal 1970-an kerana masalah di selatan Filipina.[26] Mereka terdiri daripada pekerja penghijrah, dengan kebanyakan mereka menjadi warganegara dengan kerakyatan Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat masih ramai yang tinggal tanpa dokumen yang betul sebagai pendatang tanpa izin di bandar dengan petempatan haram sendiri.[26]
Remove ads
Pendidikan


Terdapat banyak sekolah kerajaan atau negeri di dalam dan sekitar bandar ini. Sekolah rendah pertama di bandar ini ialah Sekolah Kebangsaan St. Mary Town yang dibuka oleh Rev. Fr. A. Prenger yang menjadi guru besar pertama bersama-sama dengan Rev. Fr. Pundleider, iaitu seorang paderi Mill Hill.[2] Sekolah berkenaan ialah Sekolah Mubaligh Katolik serta sekolah lelaki dan telah dibuka sejak 24 Julai 1883, menjadikannya sekolah tertua di Borneo.[30] Bagi sekolah menengah, kebanyakannya Sekolah Menengah Kebangsaan, beberapa Sekolah Mubaligh Kristian, satu Pusat Tingkatan Enam, beberapa Sekolah Bestari, beberapa sekolah sama jantina dan beberapa Sekolah Jenis Cina serta Sekolah Menengah Teknik Sandakan and Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar Sandakan.[31] Satu sekolah awam bebas juga ada di bandar ini iaitu Sekolah Menengah Yu Yuan.[32] Maktab Rendah Sains MARA ketiga di Sabah terletak di daerah ini iaitu Maktab Rendah Sains MARA Tun Mohammad Fuad Stephens. Sekolah Seni Malaysia bagi negeri ini terletak di daerah ini juga.
Bagi pendidikan tinggi, terdapat Politeknik Sandakan, ILP Sandakan, GIATMARA Sandakan dan Kinabalu Commercial College. Universiti seperti Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Terbuka Malaysia telah membuka kampus di sini.
Remove ads
Pelancongan dan warisan ڤلنچوڠن دان واريثن


Oleh sebab Sandakan nyaris ranap ketika Perang Dunia II, cuma terdapat beberapa buah bangunan pelbagai usia yang masih ada. Antara tarikan yang masih ada termasuk:
- Rumah Agnes Keith, juga dikenali sebagai Newlands - rumah dua tingkat milik pengarang tempatan Agnes Newton Keith dan suami Harry (Kurator Muzium Borneo Utara) dari tahun 1930 hingga 1952. Rumah ini musnah ketika Perang Dunia II dan dibina semula di tapak yang sama. Pn. Keith menulis beberapa buah buku tentang Sabah dan penduduknya, termasuk Land Below the Wind, Three Came Home, dan White Man Returns. Baru-baru ini rumah ini menikmati pemulihan setelah bertahun-tahun dibiarkan.
- English Tea House - terletak di tapak Muzium Agnes Keith, sebuah restoran di lereng bukit atas Sandakan yang menyajikan hidangan Inggeris dan Asia tradisional. Alamat: 2002 Jalan Istana - tel: 6089 222544
- Taman Peringatan Sandakan - dibina di tapak khemah tawanan perang Taman Rimba di Batu 7.
- Tanah Perkuburan Jepun - menempatkan tapak peringatan kepada korban perang Jepun di Borneo.
- Gereja St Michael's and All Angels - gereja granit ini dibina pada tahun 1897 dan merupakan salah sebuah daripada bilangan kecil bangunan sebelum perang yang masih ada di Sandakan. Gereja ini diiktiraf sebagai sebuah tapak warisan dunia sejak tahun 2005.
- Tokong Buddha Puu Jih Shih - tokong merah dan emas yang siap pada tahun 1987 ini menghadap pusat bandar.
- Tokong Sam Sing Kung Temple - binaan yang siap pada tahun 1887 ini merupakan binaan yang tertua di Sandakan.
- Masjid Sandakan - binaan yang siap pada tahun 1988 ini terletak berhampiran dengan teluk dan Kampung Buli Sim Sim.
- Kampung Buli Sim Sim - kampung perikanan berkaki bajang di tapak asal pekan Sandakan.
- Pasar Sandakan - antara pasar yang terbesar dan tersibuk di Sabah.
- Sandakan Harbour Square - pusat perniagaan dan membeli belah di Sandakan.
- Mydin Sejati Ujana Sandakan - pasar raya besar moden kedua di Sandakan dan pasar raya Mydin pertama di Sabah.
- Taman Buaya - terletak 12 km (7.5 batu) dari Sandakan, menempatkan lebih 2,000 ekor reptilia ini dalam kolam konkrit.
- Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary - tempat pemerhatian kera Bekantan untuk para pelancong yang hendak mendekati spesis kera ini di habitat semulajadinya.
- Third Avenue, Sandakan
- Sebatang lorong di Sandakan
- Pemandangan Sandakan dari English Tea House (berdekatan Rotary's Observation Pavilion)
- Pemandangan Sandakan dari Tokong Puu Jih Shih
- Gereja granit tertua di Malaysia, Gereja St. Michael dan Semua Malaikat
- Perkampungan pantai Kampung Buli Sim Sim, Sandakan, menghadap daratan
- Perkampungan pantai Kampung Buli Sim Sim, Sandakan, menghadap laut
- Tokong Puu Jih Shih, Sandakan
- Patung berhala di Tokong Puu Jih Shih
- Bandar Indah Jaya sebuah bandar satelit di pinggir Sandakan, di Batu 4.
- Tarian unikorn Tahun Baru Cina yang unik di Sabah
- Pemandangan Pusat Bandar Sandakan
Remove ads
Penduduk terkenal
- Politik
- TYT Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin: Yang di-Pertua Negeri Sabah sekarang[33]
- Datuk Liew Vui Keong: Ahli politik Malaysia, bekas ahli parlimen (hanya mewakili dan tinggal di bahagian pilihan raya ketika tempoh perkhidmatannya, dilahirkan dan dibesarkan di daerah barat Kota Belud dan kini tinggal di ibu negeri, Kota Kinabalu)[34] special birthday wishes
- Hiburan
- Fung Bo Bo: Pelakon wanita Hong Kong
- Bella Astillah: Penyanyi dan pelakon wanita
- Didi Astillah: Penyanyi dan pelakon wanita
- Wany Kayrie: Penyanyi dan pelakon wanita
- Kenji Chai: Artis grafiti terkenal
- Sukan
Remove ads
Lihat juga ليهت جوݢ
Rujukan روجوعن
Pautan luar ڤاءوتن لوار
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads