Lahad Datu

Bandar di Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia

Lahad Datu
Remove ads

Bandar Lahad Datu merupakan Ibu Daerah dan Bandar terbesar di Daerah Lahad Datu dekat Pantai Timur Sabah, Malaysia. Bandar Lahad Datu juga ialah Bandar keempat terbesar di Sabah, selepas Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Fakta Segera Bandar Lahad Datuلحد داتو, Negara ...
Remove ads

Etimologi

Thumb
Pemandangan Lahad Datu, British North Borneo Chartered Company: Dicetak oleh W. Brown & Co., limited, London, 1899

Perkataan “Lahad Datu” berasal daripada bahasa Bajau, iaitu “Lahad” yang bererti tempat dan “Datu” yang membawa makna orang-orang Kenamaan atau Bangsawan pada zaman dahulu. “Lahad” merupakan kognat bagi perkataan ”darat” dalam bahasa Melayu. Tempat ini mendapat nama kerana penghijrahan golongan Datu-datu dari kerajaan Kesultanan Sulu yang diketuai oleh Datu Puti sebelum tahun 1879 akibat daripada penyerahan kuasa kawasan ini oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu.

Remove ads

Sejarah

Bermula pada tahun 1890, penghijrahan kerajaan Kesultanan Sulu mula menguasai sebahagian Pulau Borneo Utara. Mengikut bahasa Idahan pula, iaitu satu kaum peribumi daerah ini, Lahad datu dahulunya diberi nama Kerugau, yang bererti batu karang bertompok-tompok di merata pantai bermula dari Kunak hingga ke Membatu, Tungku.

Bentuk geografi Lahad Datu semula jadi Teluk Darvel banyak membantu usaha kerajaan dari segi ekonomi di Sabah. Keistimewaannya sebagai pelabuhan yang selamat dari sebarang ancaman bencana alam kerana terlindung oleh Pulau Sakar. Keluasan daerah ini ialah 6,501 kilometer persegi atau 687,372 hektar meliputi daerah Tungku. Menurut bancian yang dibuat pada tahun 2010 jumlah penduduk daerah Lahad Datu termasuk Tungku ialah 195,865 orang.

Remove ads

Geografi

Bentuk muka bumi

Thumb
Telukan Lahad Datu yang juga merupakan Teluk Darvel

Bentuk muka bumi bandar Lahad Datu adalah datar menghadap laut (Telukan Lahad Datu) dan berbukit di kawasan daratanya.

Iklim

Kawasan Bandar Lahad Datu terlindung daripada ancaman ribut kerana adanya Pulau Sakar yang mengelilingi kawasan bandar Lahad Datu serta memiliki iklim panas dan lembap sepanjang tahun.

Lokasi

Dengan Lokasinya yang strategik telah menjadikan bandar Lahad Datu sebagai pusat ekonomi keempat terpenting di Sabah.

Jarak

Jarak lokasi Bandar Lahad Datu dengan bandar dan pekan utama lain di Sabah.

  • Bandar Lahad Datu ke Pekan Kunak - 60km
  • Bandar Lahad Datu ke Pekan Kota Kinabatangan - 80km
  • Bandar Lahad Datu ke Pekan Semporna - 130km
  • Bandar Lahad Datu ke Bandar Tawau - 140km
  • Bandar Lahad Datu ke Bandar Sandakan - 160km
  • Bandar Lahad Datu ke Bandaraya Kota Kinabalu - 500km

Demografi

Populasi Penduduk

Jumlah penduduk Lahad Datu setiap tahun meningkat dengan kadar pertumbuhan purata tahunan (%) iaitu 10.01 bagi tahun 1980-1991 dan 3.10 bagi tahun 1991 – 2000. Manakala bagi jumlah penduduk ialah 39,262 (1980), 118,096 (1991), 156,059 (2000), dan 206,861 (2010).

Populasi penduduk Bandar Lahad Datu sahaja sekitar 27,887 orang pada tahun 2010.

Suku kaum

Suku kaum yang menghuni Bandar Lahad Datu ialah suku kaum Bajau, Idahan,Suluk, Bugis, Jawa dan Cina dan suku-suku minoriti yang lain dan warga asing dari Indonesia, Filipina dan Pakistan

Agama dan kepercayaan

Islam ialah agama yang dianuti oleh majoriti besar penduduk Bandar Lahad Datu dan diikuti oleh Buddha, Kristian, Sikh dan sebagainya.

Remove ads

Ekonomi

Thumb
Bandar Lahad Datu

Lahad Datu merupakan bandar keempat terpenting di Sabah, dan juga pusat ekonomi dan perniagaan di kawasan Pantai Timur selain Bandar Sandakan dan Tawau.

Pembangunan

Senarai Bandar Satelit dan Pusat Komersial

Maklumat lanjut Senarai Bandar Satelit ...
Thumb
iPeak[pautan mati kekal] Business Centre

Senarai Taman Perumahan

Maklumat lanjut Senarai Taman Perumahan ...
Remove ads

Kemudahan awam

Kemudahan Rumah Ibadah

Thumb
Masjid Ar-Raudah

Masjid dan Surau

  • Masjid Ar-Raudah (Masjid Daerah)
  • Masjid Awal Tuan Guru Haji Muda
  • Masjid Raya Lahad Datu
  • Masjid Jamek Batalion 17 PGA Lahad Datu
  • Masjid Pangsapuri Mutiara Kasih
  • Surau Siti Khatijah, Sri Perdana
  • Surau Nur Khazanah Indah
  • Surau Nurul Aman Jaya

Rumah Ibadah Lain

  • Gereja Basel Lahad Datu
  • Gereja Anglikan St.Mark
  • Kuil Guan Yin
  • Gurdwara Sahib Lahad Datu
Thumb
Gereja Basel Lahad Datu

Kemudahan perkhidmatan kesihatan

Thumb
Hospital Lahad Datu

Terdapat beberapa pusat kesihatan di Lahad Datu, Seperti Hospital yang boleh dikatakan bertaraf modern dan lengkap dengan peralatan perubatan yang canggih telah siap dibina pada tahun 2001. Hospital ini turut menyediakan kuarters bagi kakitangan hospital berkenaan. Selain daripada itu, terdapat 4 buah klinik kerajaan termasuk sebuah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak yang disediakan di kawasan bandar. Manakala 9 buah klinik swasta serta 3 buah klinik pergigian turut dibuka di kawasan bandar manakala 10 buah Klinik Desa dibina di kawasan luar bandar.

Klinik di Bandar Lahad Datu

Maklumat lanjut No, Klinik di Bandar Lahad Datu ...

Kemudahan awam lain

Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan penduduk di kawasan bandar mendapat kemudahan dan juga keselesaan untuk menjalani kehidupan seharian. Pembinaan sekolah, hospital, balai polis, balai bomba, perpustakaan, deretan kedai, pejabat pentadbiran daerah.

Remove ads

Tempat Menarik dan Penginapan

Tempat menarik

Antara tempat menarik dan kawasan pelancongan yang boleh dikunjungi yang terdapat di Bandar Lahad Datu ialah

Thumb
tempat riadah Taman Bukit Perdana


Pusat Membeli-belah dan pasar raya

Thumb
Darvel Bay Plaza, Lahad Datu

Kompleks Darvel Bay Plaza Shopping ialah pusat membeli-belah yang pertama dan terbesar di Lahad Datu.

Bandar Lahad Datu memiliki dua pusat membeli belah iaitu:

  • Darvel Bay Plaza
  • Lahad Datu Shopping Centre
  • Harbour Town

Selain itu Bandar Lahad Datu juga memiliki beberapa buah pasar raya terkenal seperti:

  1. Servay Hypermarket Lahad Datu, Bandar Sri Perdana
  2. Servay Jaya, Harbour Town
  3. Econsave Lahad Datu 1, Darvel Bay Plaza
  4. Econsave Lahad Datu 2, First Plam City Centre
  5. Emporium Wisma Ramai-Ramai, Bandar Wilayah
  6. Ramai-Ramai iPeak Supermarket, iPeak Business Centre
  7. Wangsa Supermarket, Batu 3 Jalan Segama
  8. Wangsa Supermarket, Layung Industrial Centre
  9. Sthamin Supermarket, LD Square

Pasar Malam dan Pasar Mingguan

Thumb
pemandangan Pasar Tani di Bandar Lahad Datu
  1. Dataran Pasar Malam Lama (pusat bandar)
  2. Pasar Malam iPeak (Uptown Ipeak)
  3. Pasar Malam Sri Perdana
  4. Pasar Tani Singgahmata Street
  5. Pasar Tani Bandar Adika

Pasar Rakyat/Umum

  1. Pasar Rakyat Lahad Datu
  2. Pasar Bandar Sri Perdana
  3. Pasar Ikan Masin
  4. Pasar Ikan Lahad Datu
  5. Pasar Ikan Bandar Tabanak
  6. Pasar Kain Lahad Datu
  7. Pasar Kios Dataran Palma

Hotel di Bandar Lahad Datu

Thumb
Silam Dynasty Hotel

Bandar Lahad Datu telah dilengkapi dengan kemudahan seperti penginapan dan hotel bagi mereka yang ingin berkunjung dan pelancong ke daerah Lahad Datu.

Maklumat lanjut Hotel dan Inap Desa ...
Remove ads

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads