From Wikipedia, the free encyclopedia
Jamal Ahmad Khashoggi (/kəˈʃoʊɡʒi, kəˈʃɒɡʒi/; Arab: جمال أحمد خاشقجي, rumi: Jamāl ʾAḥmad Ḵāšuqjī ; 13 Oktober 1958 – 2 Oktober 2018) merupakan seorang penentang, penulis, penulis ruang Arab Saudi bagi The Washington Post, dan pengurus besar dan ketua penyunting Al-Arab News Channel yang telah dibunuh di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober 2018 oleh ejen kerajaan Arab Saudi[4][5][6][7] setelah mereka dikatakan menggunakan perisian intip Israeli untuk menggodam telefon bimbit kawannya.[8] Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting bagi surat khabar Arab Saudi Al Watan, mengubahnya menjadi satu wadah untuk orang progresif Arab Saudi.[9]
Jamal Khashoggi | |
---|---|
Kelahiran | Jamal Ahmad Khashoggi[1] 13 Oktober 1958[2] Madinah, Arab Saudi |
Meninggal dunia | 2 Oktober 2018 59)[3] Istanbul, Turki | (umur
Sebab kematian | Pembunuhan |
Pusat pendidikan | Universiti Negeri Indiana |
Pekerjaan | Wartawan, penulis ruang, penulis |
Pasangan | Rawia al-Tunisi (cer.)[1] |
Anak-anak | 4[1] |
Ibu | Esaaf Daftar[1] |
Bapa | Ahmad Khashoggi[1] |
Saudara |
|
Laman web rasmi | jamalkhashoggi |
Khashoggi lari dari Arab Saudi pada September 2017 dan dibuang negeri yang dibebankan pada diri sendiri. Beliau berkata bahawa kerajaan Arab Saudi telah "mengharamkan beliau dari Twitter",[10] dan beliau kemudian menulis rencana surat khabar mengkritik kerajaan Arab Saudi. Khashoggi telah mengkritik dengan tajam Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman, dan raja negara berkenaan, Salman ibn Abdulaziz Al Saud.[11] Beliau juga menentang campur tangan Arab Saudi di Yaman.[12]
Pada 2 Oktober 2018, Khashoggi memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul untuk memperoleh dokumen berkaitan perkahwinan yang beliau rancang, namun tidak pernah dilihat keluar. Di tengah-tengah laporan berita mendakwa beliau dibunuh dan dikerat-kerat di dalam, sebuah pemeriksaan konsulat tersebut, oleh para pegawai Arab Saudi dan Turki, berlangsung pada 15 Oktober. Pada awalnya, kerajaan Arab Saudi menafikan kematiannya, namun berikutan penjelasan berubah-ubah tentang kematian Khashoggi, peguam negara Arab Saudi akhirnya menyatakan pembunuh berkenaan telah dirancang terlebih dahulu.[13][14] Menjelang 16 November 2018, CIA telah menyimpulkan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammad bin Salman telah menitah perintah pembunuhan Khashoggi.[15][16]
Pada 11 Disember 2018, Jamal Khashoggi dinamakan majalah Time orang terbaik tahun ini atas kerjanya dalam bidang wartawan bersama dengan wartawan lain yang menghadapi penindasan politik kerana kerja mereka. Majalah Time merujuk Khashoggi sebagao "Penjaga Kebenaran".[17][18][19]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.