kumpulan perkataan dan maksudnya From Wikipedia, the free encyclopedia
Kamus (Jawi: قاموس) ialah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata dikandung dan digunakan dalam sesebuah bahasa serta berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru. Selain menerangkan maksud kata, kamus juga mungkin mempunyai panduan sebutan dan asal usul perkataan dicari.
Perkataan kamus diserap dari kata bahasa Arab قاموس qāmūs yang sendirinya meminjam dari kata bahasa Yunani ὠκεανός okeanos bererti "samudera atau lautan besar"[1] lalu mengkias memperlihatkan makna dasar yang terkandung dalam kata kamu iaitu wadah pengetahuan, khususnya pengetahuan bahasa, yang tidak terhingga dalam dan luasnya. Peluasan dan peralihan nama perkataan merujuk kepada kitab perbendaharaan kata ini datang daripada kitab Al-Qāmus al-Muħīṭ (القاموس المحيط ) karya Fairuzabadi[1][2] - kitab tersebut menggabungkan serta menyampingkan dua kamus terdahulu - Al-Muhkam karya Ibn Sida (d. 1066) dan Al-ʿUbab (العباب الزاخر واللباب الفاخر ) karya al-Saghānī (d. 1252).[3][4] lalu menjadi lazim digunakan di dunia Arab selama lima kurun.[2]
Istilah lain yang pernah digunakan menggambarkan buku daftar sebegini adalah buku katan dipopularkan kitab bertajuk sama terbitan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor tahun 1936; katan dalam konteks terbitan ini bermaksud "perkataan".[5]
Kamus boleh ditulis dalam satu atau lebih daripada satu bahasa. Dengan itu kamus boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
Kamus boleh muncul dalam pelbagai saiz. Hal ini adalah kerana kamus diterbitkan dengan tujuan memenuhi keperluan golongan tertentu. Contohnya, golongan pelajar sekolah memerlukan kamus bersaiz kecil untuk memudahkan mereka mambawa kamus ke sekolah. Secara umumnya kamus boleh dibahagi kepada 3 jenis saiz:
Kamus istimewa merujuk kepada kamus yang mempunyai fungsi yang khusus.
Contohnya:
Penyusunan kamus merupakan satu kerja yang berat. Biasanya ia dilakukan secara berpasukan. Secara umumnya penyusunan kamus akan melalui prosedur seperti di bawah.
Pada peringkat ini, penyusun kamus harus menentukan perkara seperti di bawah:
Selepas itu, penyusun kamus akan mula mengumpul bahan-bahan yang diperlukan seperti pasukan penyusunnya, modal, komputer dan peralatan yang lain.
Hanya kata-kata yang pernah digunakan oleh masyarakat akan dimasukkan ke dalam kamus. Maka dengan itu, pasukan penyusun kamus akan membaca sejumlah karya untuk mendapatkan kata-kata kutipan yang akan dimasukkan ke dalam kamus nanti. Kata-kata ini akan dirakamkan ke dalam kad, satu kata satu kad, dan kad-kad ini disusun mengikut urutan abjad. Semua kata-kata yang pernah muncul dan terbaca dalam akan dirakam. Perkejaan ini merupakan pekerjaan yang berat, tetapi pada zaman sekarang ia banyak dibantu oleh komputer.
Prosedur ini merupakan satu kemestian. Setiap kata yang telah dirakam akan disusun menurut abjad. Sekiranya tidak, maka data-data ialah sesuatu yang tidak berguna kerana untuk mencari sesuatu perkataan dalam keadaan ini adalah tidak mungkin.
Secara manual, kerja ini boleh dilakukan dengan merakamkan kata-kata kutipan di dalam kad, satu kata satu kad, supaya kata-kata ini boleh dialih dan disusun dalam urutan. Selepas itu kad-kad ini akan disimpan dalam katalog.
Setelah kata-kata sudah dikumpul dan siap diabjadkan, maka data ini harus dianalisis. Pada peringkat ini penyusun kamus akan mengklasifikasikan kata-kata ini kepada:
Selepas itu, penyusun kamus akan membuangkan kata-kata yang lewah, mendokumentasikan kata-kata neologisme, dan seterusnya mengambil kata-kata baru dan kata-kata yang mengalami perubahan makna ke peringkat "pemerian makna"
Pemberian makna bermaksud menjelaskan makna sesuatu perkataan. Pemberian makna boleh dilakukan dengan menggunakan ilmu semantik dan pragmatik. Penyusun kamus boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan seperti kamus yang sedia ada, daftar istilah dan sebagainya untuk mencari maksud sesuatu perkataan.
Tradisi perkamusan merupakan satu tradisi yang lama dalam sejarah umat manusia. Usaha menyusun kamus seawal-awal boleh dikesan pada abab ke-7 SM di Mesopotamia. Pada abad ke-2M, kamus yang lengkap sudah pun diterbitkan oleh manusia. Contohnya, di negara China pada zaman Dinasti Han, telah muncul sebuah kamus besar yang berjudul 说文解字(Perbincangan Kata-kata). Kamus ini merupakan sebuah kamus yang lengkap dan masih berfungsi sehingga hari ini. Huraian mengenai sejarah perkamusan bahasa Melayu adalah seperti di bawah:
Tradisi perkamusan Melayu boleh dikesan seawal-awal pada zaman Kesultanan Melaka, di mana wujudnya suatu daftar kata Tionghoa-Melayu pada awal abad ke-15 berisi 500 lema. Ada pula daftar kata bahasa Itali-Melayu yang disusun oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1522.[6][7] Secara umumnya, perkamusan Melayu pada peringkat ini mempunyai ciri-ciri sepunya di mana ia disusun berupa Daftar Kata dan Dwibahasai daripada orang bukan penutur jati Melayu dengan displin leksikografi yang longgar; hal ini didorong keterdesakan keperluan komunikasi dengan orang tempatan dalam perdagangan atau pemubalighan ajaran Kristian. Terdapat beberapa kamus yang masih terselamat yang mula menghubungkan antara penuturan bahasa di Nusantara dengan dunia Barat:[8]
Pada peringkat ini terdapat banyak kemajuan dalam perkamusan Melayu. Hal ini adalah disebabkan oleh munculnya beberapa penyusun kamus yang bersungguh-sungguh dan profesional sama ada daripada golongan penjajah dan juga tempatan. Tokoh-tokoh perkamusan pada zaman ini adalah seperti di bawah:
Kamus ekabahasa pertama yang wujud di Nusantara ditulis oleh Raja Ali Haji, berjudul Kitab Pengetahuan Bahasa, yaitu Kamus Loghat Melayu-Johor-Pahang-Riau-Lingga penggal yang pertama; kamus ini terbit pada tahun 1850-an. Kitab Pengetahuan Bahasa disebut ii sebenarnya bukan dapat dikira kamus murni namun merupakan kamus ensiklopedia untuk keperluan pelajar.
Indonesia yang merdeka dahulu dalam Nusantara menjadi lebih merebak penerbitan kamus setempat. Pusat Bahasa merupakan penerbit utama kamus Bahasa Indonesia berukuran besar selain juga puluhan kamus bahasa daerah. Kamus Umum Bahasa Indonesia (1952) diselenggarakan oleh W.J.S. Poerwadarminta merupakan kamus besar terbitan Pusat Bahasa dengan 20 ribu entri. Ia menjadi duluan kepada Kamus Besar Bahasa Indonesia tahun 1988, kamus mutakhir baku untuk bahasa Melayu baku se-Republik Indonesia; kamus ini merupakan hasil karya pasukan dipimpin Sri Sukesi Adiwimarta dan Adi Sunaryo dan diselia Anton M. Moeliono.
Di seberang negeri pula, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia memulakan penerbitan kamus mereka sendiri iaitu Kamus Dewan, edisi pertama kamus ini terbit pada 1970.
Perkamusan pada peringkat ini telah diterap dengan tujuan yang baharu iaitu pembentukan kamus normatif yang mengetengahkan penggunaan bahasa yang "betul". Berbagai pihak swasta lain turut pula mengisi kehendak ramai menyelenggarakan kamus bahasa mereka sendiri. Syarikat-syarikat Indonesia misalnya menerbitkan Kamus Indonesia oleh E. St. Harahap (cetakan ke-9, 1951), Kamus Besar Bahasa Indonesia oleh Hassan Noel Arifin (1951) dan Kamus Modern Bahasa Indonesia oleh Sutan Muhammad Zain (1954).
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei pada tahun 2011 mengeluarkan kamus besar mereka sendiri yang menghimpunkan kosa kata bahasa-bahasa Melayu serantau selain dalam negaranya termasuk Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia dalam suatu kamus tergabung iaitu Kamus Bahasa Melayu Nusantara.[11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.