Leclerc
From Wikipedia, the free encyclopedia
AMX-56 Leclerc adalah kereta kebal utama (MBT) yang dibina oleh firma Nexter dari Perancis. Ia dinamakan sebagai memperingati Jeneral Philippe Leclerc de Hauteclocque yang telah mengetuai serangan ke atas Paris semasa memerintah Divisyen Armor Kedua Tentera Pembebasan Perancis (2ème DB) semasa Perang Dunia II.
AMX-56 Leclerc | |
---|---|
Jenis | Kereta kebal utama |
Tempat asal | Perancis |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1992–sekarang |
Digunakan oleh | Perancis, Emiriah Arab Bersatu |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | GIAT Industries (Sekarang Nexter) |
Dihasilkan | 1990–sekarang |
Jumlah dibina | ~862 |
Spesifikasi | |
Berat | 54.5 tan[1] |
Panjang | 9.87 m (6.88 m tanpa meriam[1]) |
Lebar | 3.71 m[1] |
Tinggi | 2.53 m[1] |
Krew | 3[1] (Komander, penembak, pemandu) |
Armor | Keluli, titanium, NERA |
Senjata pertama | Meriam 120mm [1] 40 butir (1 butir tersedia dalam rumah peletup, 22 butir dalam kelopak pengisi automatik dan 18 butir dalam casis.) |
Senjata kedua | Mesingan sepaksi 12.7 mm M2HB 1,100 butir peluru Mesingan 7.62mm 3,000 butir |
Enjin | 8-silinder diesel Wärtsilä 1,500 hp[1] (1,100 kW) |
Kuasa/berat | 27.52 hp/tan[1] |
Sistem ampaian | Hydropneumatic |
Jarak operasi | 550 km[1] |
Kelajuan | 71 km/h[1] |
Kereta kebal Leclerc masih berkhidmat dengan Tentera Darat Perancis dan Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu. Dikeluarkan sejak tahun 1991,[1] Leclerc telah memasuki perkhidmatan dengan tentera Perancis pada tahun 1992,[1] dan telah mengantikan penggunaan kereta kebal AMX 30 sebagai platfom armor utama Perancis. Tentera Darat Perancis dan Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu masing-masing memiliki 406 dan 388 buah kereta kebal Leclerc.
Kereta kebal Leclerc telah dibangunkan oleh GIAT Industries bagi memenuhi keperluan oleh Tentera Perancis. Kereta kebal Leclerc telah dibangunkan sebagai penganti bagi siri kereta kebal utama AMX-30 B2 yang digunakan oleh Tentera Perancis.
Pembanguna bermula pada tahun 1983 dan prototaip pertama dari enam telah disiapkan pada tahun 1989, ini bagaimanapun didahului oleh beberapa kenderaan rig ujian. Kereta kebal Leclerc pertama telah disiapkan pada Disember 1991 dan dihantar pada Tentera Perancis pada tahun 1992. Pada tahun 1993 United Arab Emirates menempah sejumlah 436 kereta kebal utama Leclerc, termasuk variasinya.
Turet Leclerc dipasang oleh kemudahan Tarbes GIAT sementara rangkanya dibina di Roanne, yang kedua turut memasang turet pada rangkanya dan menghantar kenderaan lengkap pada Tentera Perancis.
Badan dan turet Leclerc menggunakan perisai modular yang maju. Pemandu duduk di hadapan badan disebelah kiri dengan amunisi di sebelah kanan. Turet bermotor bagi dua orang terletak di tengah dengan komander di sebelah kiri dan jurumeriam disebelah kanan. Pemuat tidak diperlukan kerana pemuat automatik dipasang bonggol (bustle-mounted) memegang 22 peluru amunisi yang sedia untuk digunakan. Turet berputar penuh 360° dengan dogankan senjata dari -8° hingga +15° di bawah kawalan motor sepenuhnya. Satu mesingan 12.7mm dipasang di luar turet dan dikendali secara jarak jauh. Di kedua sisi turet terdapat 9 pelancar yang mampu melancarkan pelbagai bom tangan termasuk asap dan umpan.
Sistem gantungan Leclerc adalah dari jenis hidropneumatik dan peralatan piwaian termasuk sistem pengesan/ pemadam api dan jika diperlukan tangki bahan api jarak jauh dapat dipasang di belakang badan bagi meningkatkan julat operasi.