Pembebasan Paris
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pembebasan Paris (Perancis: Libération de Pariscode: fr is deprecated , bahasa Inggeris: Liberation of Pariscode: en is deprecated ) mengambil tempat semasa Perang Dunia Kedua dari 19 Ogos sehingga 25 Ogos 1944, di mana pihak garison Jerman menyerahkan Perancis sebagai tanda serah kalah lalu menandakan berakhir pertempuran Paris. Kejadian ini merupakan titik penting dalam Pendudukan Jerman ke atas Perancis yang berlangsung selama empat tahun 1940.
Pembebasan Paris Libération de Paris | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Operasi Overlord Perang Dunia Pertama | |||||||
Warga kota Paris di Champs Élysées menyambut ketibaan kereta perisai Divisyen Berperisai Ke-2 Perancis dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944 | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Templat:Country data Vichy France[nota 1] | |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
| Dietrich von Choltitz | ||||||
Unit terlibat | |||||||
| |||||||
Kerugian dan korban | |||||||
|
Setelah pihak Jerman Nazi menyerahkan Paris sebagai tanda penyerahan diri, Tentera Pemberontak Perancis pimpinan Charles de Gaulle tiba di Paris di mana pihak beliau mengambil alih kekuasaan Paris sebagai ketua suatu pemerintah sementara "Perancis Bebas" (La France libre) - di mana para penyokong Gaulle, nasionalis, komunis dan anarkis bersatu membentuk suatu pemerintah "bersepakatan sebangsa" (gouvernement d'unanimité nationale)[4] yang menggantikan pemerintahan rejim Vichy secara beransur-ansur. Tindakan mereka yang berjaya menumpaskan kuasa Nazi dengan sendirinya sempat sebelum pihak Berikat tiba di Paris juga mengelakkan Perancis daripada dikenakan Pemerintahan Tentera Berikat untuk Kawasan Dudukan yang dikongsikan antara negara-negara anggota pihak Berikat (Allied Military Government for Occupied Territories).