From Wikipedia, the free encyclopedia
Lee Da-hae atau Lee Da-hey (lahir Byun Da-hae pada 19 April 1984) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Beliau terkenal menerusi lakonannya di dalam drama My Girl (2005), Green Rose (2005), The Slave Hunters (2010), Miss Ripley (2011) dan Hotel King (2014).
Lee Da-hae | |
---|---|
Kelahiran | Byun Da-hae 19 April 1984 |
Nama lain | Lee Da-hey |
Pendidikan | Teater dan Perfileman |
Pusat pendidikan | Universiti Konkuk[1] |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2001–sekarang |
Ejen | FNC Entertainment (2014–2016) JS Pictures (2016–sekarang) |
Hangul | 이다해 |
Hanja | 李多海 |
Perumian Semakan | I Dahae |
McCune–Reischauer | Ri Tahae |
Hangul | 변다혜 |
Hanja | 卞多惠 |
Perumian Semakan | Byeon Dahye |
McCune–Reischauer | Pyŏn Tahye |
Byun Da-hae lahir di Seoul, Korea Selatan. Ketika masih belajar di sekolah rendah, beliau dan keluarganya berpindah Sydney, Australia. Ketika membesar di sana, beliau membuat persembahan tarian tradisional Korea di hadapan penonton. Selepas tamat pembelajaran dari Sekolah Tinggi Perempuan Burwood, beliau kembali ke Korea pada tahun 2001 untuk mengejar kerjaya dalam bidang lakonan. Beliau tinggal bersama ibunya di Seoul manakala bapa dan abangnya masih menetap di Sydney.[2]
Byun membuat penampilan pertamanya dalam industri hiburan apabila beliau memenangi Pertandingan Ratu Cantik Miss Chunhyang ke–71 pada tahun 2001. Menggunakan nama pentas Lee Da-hae, beliau mula muncul sebagai watak kecil dan sokongan di dalam drama.
Pada tahun 2004, Lee dipilih sebagai watak utama dalam drama Lotus Flower Fairy (juga dikenali sebagai Heaven's Fate[3]).[4] Beliau memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Seni Baeksang ke–41 untuk persembahan lakonannya.
Pada tahun 2005, beliau muncul di dalam drama Green Rose dan My Girl.[5] Drama My Girl berjaya melonjakkan populariti beliau di peringkat domestik dan Asia.
Beliau kembali ke dalam genre romantik komedi pada tahun 2007 menerusi drama Hello! Miss.[6] Pada tahun 2008, beliau membintangi drama Robber. Pada tahun yang sama, Lee dipilih sebagai watak utama dalam drama East of Eden.[7] Beliau meninggalkan drama ini semasa episod 40.[8][9]
Lee menyertai J. Tune Entertainment pada tahun 2009. Beliau muncul dalam video muzik untuk lagu "Pas de Deux" bersama penyanyi/pelakon Taiwan, Wilber Pan. Beliau juga menyambung pelajaran di Universiti Konkuk di dalam Teater dan Perfileman.
Pada tahun 2010, Lee membintangi drama The Slave Hunters sebagai Un-nyun.[8] Lee kemudiannya membuat penampilan kameo dalam The Fugitive: Plan B.
Beliau kemudiannya dipilih sebagai watak utama untuk filem Gabi, adaptasi novel Russian Coffee oleh Kim Tak-hwan. Lee bersetuju untuk membintangi filem ini menerusi perjanjian lisan,[10] tetapi selepas beliau menarik diri daripada projek ini sepuluh hari selepas penggambaran bermula, syarikat Ocean Film menyaman beliau kerana melanggar kontrak. Pada bulan September 2012, mahkamah membuat keputusan memihak kepada plaintif, mengarahkan Lee untuk membayar ₩21 juta (AS$19,000) ganti rugi 40% liabiliti.[11] Lee digantikan oleh Kim So-yeon.
Pada bulan Februari 2011, beliau mengacarakan Anugerah Seni dan Budaya Seoul.[12] Pada tahun yang sama, Lee membintangi drama Miss Ripley.
Lee yang fasih dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin mempunyai jumlah peminat yang besar di China dengan lebih daripada enam juta pengikut dalam mikroblog Weibo. Beliau membuat penampilan drama China pertamanya pada tahun 2012.[13][14] Pelakon wanita Korea Selatan sebelum ini yang muncul dalam penerbitan China bercakap skrip dalam Bahasa Korea dan kemudiannya dialih suara tetapi Lee bekerja keras untuk menguasai bahasa dan menghafal sepenuhnya skrip, menjadikannya pelakon wanita Korea Selatan pertama untuk berlakon dalam Bahasa Mandarin.[15] Lee membintangi Love Recipe bersama pelakon Taiwan, Joe Cheng.[16][17] Drama ini dirakam di Shanghai dan disiarkan menerusi saluran Hunan TV.[18] Juga pada tahun itu, kontrak beliau bersama DBM Entertainment berakhir dan beliau menyertai agensi baru, Forestar Entertainment.[19][20]
Lee kembali membintangi drama Korea pada tahun 2013 menerusi Iris II.[21][22] Ini merupakan kali ketiga beliau membintangi bersama Jang Hyuk selepas Robber (2008) dan The Slave Hunters (2010).[23]
Pada bulan Disember 2013, Lee menfailkan tuduhan fintah terhadap pengguna internet yang menyebarkan khabar angin yang mendakwa beliau terlibat dalam skandal pelacuran selebriti.[24][25] Pendakwa membersihkan nama Lee daripada tuduhan tersebut dan menyatakan bahawa beliau bukan daripada salah seorang selebriti yang sedang disiasat.[26][27]
Lee menandatangani kontrak bersama agensi baru, FNC Entertainment pada tahun 2014.[28][29] Beliau bersatu semula bersama bintang My Girl, Lee Dong-wook dalam drama Hotel King.[30][31] Selepas Hotel King berakhir, Lee mendapat tujuh kontrak pengiklanan bersama jenama di seluruh Asia.[32]
Lee dipilih untuk membintangi drama Korea-China, Best Couple. Ia merupakan siri TV pertama yang diterbitkan oleh syarikat China, Alibaba dan disiarkan di China pada awal tahun 2016.[33]
Pada bulan April 2016, Lee meninggalkan FNC Entertainment dan menandatangani kontrak bersama JS Pictures.[34]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran |
---|---|---|---|
2002 | Park Jong-cheol, a Fine Young Man (순수청년 박종철) | Lee Eun-joo | MBC |
Ling Ling (링링) | Song Eun-ha | MBC | |
2003 | Good News (기쁜 소식) | MBC | |
2004 | Sweet 18 (낭랑18세) | Moon Ga-young | KBS2 |
Star's Echo (별의 소리) | Ji-young | MBC / Fuji TV | |
Lotus Flower Fairy / Heaven's Fate (왕꽃 선녀님) | Yoon Cho-won | MBC | |
2005 | Green Rose (그린로즈) | Oh Soo-ah | SBS |
My Girl (마이걸) | Joo Yoo-rin | SBS | |
2007 | Hello! Miss (헬로 애기씨) | Lee Su-ha | KBS2 |
2008 | Robber (불한당) | Jin Dal-rae | SBS |
East of Eden (에덴의 동쪽) | Min Hye-rin | MBC | |
2010 | The Slave Hunters (추노) | Un-nyun / Kim Hye-won | KBS2 |
The Fugitive: Plan B (도망자 Plan B) | Hye-won (kameo) | KBS2 | |
Haru: An Unforgettable Day in Korea (하루) | Penulis skrip | ||
2011 | Miss Ripley (미스 리플리) | Jang Mi-ri | MBC |
2012 | Love Recipe / Love Actually (愛的蜜方) | Wang Xiao Xia | Hunan TV |
2013 | Iris II (아이리스 2) | Ji Soo-yeon | KBS2 |
2014 | Hotel King (호텔킹) | Ah Mo-ne | MBC |
2016 | Best Couple (최고의커플) (最佳情侣) | Choi Hwan-young | Hunan TV |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran |
---|---|---|---|
2013 | Running Man | Tetamu (episod 82–83) | SBS |
2016 | Tetamu (episod 289–290) | ||
2017 | Guesthouse Daughters | Ahli (episod 1–sekarang) | KBS2 |
Tahun | Lagu | Artis |
---|---|---|
2002 | "Someday" | J-Walk |
2007 | "I Love Rock 'n' Roll" (versi Korea) | Lee Da-hae |
2008 | "Memory" | Kim Bum-soo |
2009 | "Pas de Deux" | Wilber Pan |
"Today's Horoscope" (오늘의 운세) | Kim Hyung-joong | |
2010 | "I Will Move Away" (비켜줄께) | Browneyed Soul |
Tahun | Lagu | Nota |
---|---|---|
2006 | "If You are Willing To" (당신이 원하신다면) | lagu dari runut bunyi My Girl |
2007 | "I Love Rock 'n' Roll" (versi Korea) | |
2008 | "Can, Can, Can!" |
Tahun | Anugerah | Kategori | Kerja | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2001 | Pertandingan Miss Chunhyang ke–71 | — | — | Menang |
2004 | Anugerah Drama MBC | Pelakon Baru Wanita Terbaik | Lotus Flower Fairy | Menang |
2005 | Anugerah Seni Baeksang ke–41 | Pelakon Baru Wanita Terbaik untuk TV | Menang | |
Anugerah Drama SBS | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Istimewa | Green Rose | Menang | |
2005 | Anugerah Drama SBS | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Istimewa | My Girl | Menang |
2006 | Anugerah Drama SBS | 10 Bintang Teratas | My Girl | Menang |
2007 | Anugerah Drama KBS | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Minisiri | Hello! Miss | Menang |
2008 | Anugerah Drama MBC | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita | East of Eden | Tercalon |
Anugerah Drama SBS | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Istimewa | Robber | Tercalon | |
2009 | Anugerah Festival Model Asia ke–4 | Anugerah Bintang Popular | — | Menang |
2010 | Hari Penjimatan ke–47 | Petikan Presiden untuk Penjimatan | — | Menang |
Anugerah Fesyen China | Pemimpin Fesyen Asia[35] | — | Menang | |
Anugerah Drama KBS | Anugerah Pasangan Terbaik bersama Jang Hyuk | The Slave Hunters | Menang | |
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Pertengahan Panjang | Tercalon | |||
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita | Tercalon | |||
2011 | Anugerah Festival Model Asia ke–6 | Anugerah Bintang Asia | — | Menang |
Anugerah Asia Buzz Yahoo! | Bintang Teratas Wanita Korea | — | Menang | |
Anugerah Hiburan dan Budaya Korea ke–19 | Daesang (Anugerah Utama) untuk Lakonan di dalam Drama | Miss Ripley | Menang | |
Anugerah Drama MBC | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Minisiri | Tercalon | ||
2012 | Anugerah Filem dan Drama LeTV ke–3 | Pelakon Wanita Terbaik di dalam Drama TV[36] | Love Actually | Menang |
2013 | Anugerah Festival Model Asia ke–8 | Anugerah Bintang Asia | — | Menang |
Anugerah Drama KBS | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Pertengahan Panjang | Iris II | Tercalon | |
2014 | Anugerah Drama MBC | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Projek Istimewa | Hotel King | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.