Mokhtar Dahari
Pemain bola sepak Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Mohamad Mokhtar bin Dahari[2] DSSA DIMP AMN (13 November 1953 – 11 Julai 1991)[3] ialah pemain bola sepak persatuan kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemain terbaik di Asia pada dekad 1970-an dan terkenal sebagai pemain bola sepak terbaik di Malaysia pada masa itu, seorang legenda dalam arena bola sepak negara. Semasa tahun 1970-an, beliau mewakili Malaysia sekaligus menjadi pasukan terhandal dan menewaskan Korea Selatan dan Jepun.[4][5][6]
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Mohamad Mokhtar bin Dahari | ||
Tarikh lahir | (1953-11-13)13 November 1953 | ||
Tempat lahir |
Setapak, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | ||
Tarikh kematian | 11 Julai 1991(1991-07-11) (umur 37) | ||
Tempat kematian | Subang, Selangor, Malaysia | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Nombor | 10 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1972–1987 | Selangor | 375 | (351) |
1978 | Kelab Sultan Sulaiman | 182 | (115) |
1978–1984 | PKNS | 120 | (89) |
1984–1985 | Talasco | 77 | (35) |
1988 | Kwong Yik Bank | 60 | (42) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
1972–1985 | Malaysia | 142 | (89) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Januari 2021 |
Beliau diberikan jolokan "Supermokh"[7] kerana kehebatannya di atas padang, kekuatan dan keupayaannya menjaringkan gol sepanjang kerjayanya. Antara detik indah Mokhtar ialah apabila beliau berjabat tangan dengan Diego Maradona sebelum perlawanan persahabatan antara Selangor FA dan Boca Juniors.[8][9][10] Kata-kata terkenal beliau ialah "Hidup dan Matiku hanyalah untuk Selangor!" dan "Tiap-tiap pemain harus mempunyai semangat yang tinggi dan harus memikirkan yang mereka ini mewakili negara. Dan sekiranya apa terjadi (keputusan teruk) nama negara akan terjejas.".[11]
Mokhtar menjaringkan 177 gol untuk Selangor.[12] Bersama skuad bola sepak kebangsaan Malaysia, Mokhtar beraksi sebanyak 142 perlawanan (138 bertaraf 'A' antarabangsa) dengan menjaringkan 89 gol (85 bertaraf 'A' antarabangsa) dan pernah menjadi penjaring terbanyak dunia.[13][14][15][16] Rekod ini diiktiraf secara rasmi oleh FIFA dan Mokhtar antara sebilangan pemain Malaysia yang disenarai ke dalam 'FIFA Century Club'.[17]