Nasir Bilal Khan
Pelakon veteran lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nasir Pilan Khan (Jawi: نصر ڤلان خان; lahir 1 Julai 1960) atau dikenali dengan nama pentas Nasir Bilal Khan ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang memenangi pelbagai anugerah.[1] Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Amir dalam filem Perempuan, Isteri & .....? (1993), sebagai Karim dalam filem Pesona Cinta (1995), sebagai Salleh dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), sebagai Tok Adi dalam drama Tanah Kubur (2011-23)[2] dan paling baru-baru ini, sebagai Abu Jar dalam filem Munafik 2 (2018).[3]
Remove ads
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 1993 menerusi watak pembantu sebagai Amir dalam filem Perempuan, Isteri & .....? arahan U-Wei Hj Saari. Persembahannya dalam filem ini melayakkan Nasir menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11 pada 1994.[4]
Nasir juga terkenal dengan watak penggali kubur bernama Tok Adi dalam siri Tanah Kubur yang bersiaran di Astro Oasis selama 5 tahun. Beliau memegang watak sama dalam siri TV terbitan turunannya yang disiarkan pada 5 Mac 2018. Nasir mempunyai peranan utama dalam telfilem Al-Ikhlas arahan Murali Abdullah, yang mengisahkan tentang Solah yang hidup sendirian selepas kematian isterinya.[5][6]
Beliau ditawarkan bekerja dengan Syamsul Yusof menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), memegang watak sebagai Salleh, bapa kepada Amy lakonan Salina Saibi.[7] Nasir meneruskan rentetan kerjasama dengan Syamsul menerusi filem Munafik 2 yang ditayangkan pada 30 Ogos 2018, beliau menjayakan watak sebagai pemimpin ajaran sesat, Abu Jar.[8]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Nasir dilahirkan pada 1 Julai 1960 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Bapanya, Pilan Khan merupakan seorang warga Pakistan berketurunan Pashtun yang berhijrah ke Tanah Melayu sebelum merdeka, manakala ibunya seorang berketurunan Minangkabau berasal dari Labu, Negeri Sembilan.
Nasir berkahwin dengan pelakon Azizah Mahzan dan bercerai.[9] Beliau kemudiannya berkahwin dengan Umi Kalsum Majid dan dikurniakan tiga anak.[10]
Pada Januari 2002, Nasir dan dua rakannya pernah didakwa atas kesalahan peras ugut seorang pemandu teksi bagi mendapatkan wang tunai berjumlah RM6,200.[11]
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads