Keliwon

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Keliwon ialah sebuah siri himpunan cerita rakyat seram TV Malaysia yang ditayangkan dalam slot drama Seram TV3 pada awal tahun 2009. Ini merupakan drama seram pertama yang diarahkan oleh Pengarah Rashid Sibir sepanjang kerjayanya.[1][2] [3]. Drama Bersiri Keliwon pada musim pertama ditayangkan dalam 13 Episod dan boleh di tonton melalui penstriman di dalam talian digital iaitu di Aplikasi Tonton.

Fakta Segera Genre, Pengarah ...

Drama sebegini bukan berniat untuk menakutkan orang tetapi ini adalah untuk mengajar penonton mengelakkan diri daripada tertipu atau mempercayai ajaran-ajaran tahyul. Cerita-cerita sebegini membangkitkan nostalgia kepada generasi lama dan membuka mata generasi muda. Dengan jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami setiap episod juga turut menyelitkan unsur-unsur panduan dan dijadikan pengajaran.

Remove ads

Senarai Episod Musim 1 & 2

  1. Sungai Puaka
  2. Pulut Kuning
  3. Darah Lantera
  4. Santau
  5. Saka Harimau
  6. Tiang Seri
  7. Hantu Kopek
  8. Mak Andam Cantik
  9. Rasuk
  10. Puja
  11. Pontianak
  12. Anak Belaan
  13. Puaka Kain Kapan
  14. Syiling Puaka
  15. Saka Cincin
  16. Minyak Dagu
  17. Tasik Pauh Janggi
  18. Tikar Mengkuang
  19. Pelesit
  20. Bidan Jembalang
  21. Puteri Lidah Hitam
  22. Hantu Geweh
  23. Hantu Kubur
  24. Laut Hitam
  25. Hantu Tak Berkepala
  26. Keranda Terbang

Penerbitan

Kelainan Keliwon adalah sebagai himpunan beraneka cerita hantu yang menyiarkan satu cerita berbeza setiap episod, berbeza dengan drama slot Seram lain yang berbentuk satu cerita dalam berbilang episod. Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Pn Nurul Aini Abu Bakar, " "Ini merupakan percubaan pertama TV3 bagi membawa kelainan dengan menampilkan pelbagai cerita dalam slot seram ini."[1][2] Tajuk Keliwon berasal dari nama satu hari dalam kitaran Pasaran lima hari dalam kalendar Jawa, yang mana adalah dipercayai bahawa makhluk halus akan muncul untuk merayau dan mengacau orang ramai ketika Keliwon bertindih dengan hari Jumaat.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads