From Wikipedia, the free encyclopedia
Tan Sri Norian Mai (lahir 5 November 1946) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keenam dan berkhidmat dari 8 Januari 1999 sehingga persaraannya pada 5 November 2003.
YBhg Tan Sri Norian Mai PMN, PSM; SSMZ (Ter); SPTS (Prk); SIMP (Pah); PNBS (Swk); DPTS (Prk); PGDK (Sab); KMN, PJPN | |
---|---|
Ketua Polis Negara Malaysia ke-6 | |
Dalam jawatan 8 Januari 1999 – 4 November 2003 | |
Raja | Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail |
Menteri | Mahathir Mohamad Abdullah Ahmad Badawi |
Didahului oleh | Abdul Rahim Mohd Noor |
Digantikan oleh | Mohd Bakri Omar |
Butiran peribadi | |
Lahir | Hilir Perak, Perak Darul Ridzuan, Malayan Union | 5 November 1946
Pasangan | Puan Sri Rokiah Ismail |
Dilahirkan di Hilir Perak, Norian menceburkan diri dalam pasukan polis sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis pada 8 November 1969. Pada 31 Disember 1984, beliau dilantik menjadi Ketua Polis Terengganu dan kemudian pada 31 Disember 1992, beliau pula dilantik menjadi Ketua Polis Selangor. Norian Mai menjadi Timbalan Ketua Polis Negara pada 6 Julai 1997.
Pada 8 Januari 1999, Norian menjadi Ketua Polis Negara sewaktu Rahim Noor meletakkan jawatan.
Pada 9 Februari 2021, beliau dilantik ke Jawatankuasa Khas Bebas Darurat bersama 18 ahli yang lain bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk hal ehwal berkaitan penamatan darurat besar di negara.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.