From Wikipedia, the free encyclopedia
Parit Buntar merupakan sebuah bandar berpenduduk sederhana padat dan bandar paling utara di negeri Perak,terletak lebih kurang 40 km dari Butterworth. Bandar Parit Buntar juga merupakan persimpangan jalan masuk ke Serdang dan Lubuk Buntar, Kedah dari lebuh raya. Bandar ini adalah terletak sebelah Lebuhraya Bandar Baharu, Kedah dan juga terletak dekat garisan sempadan negeri Pulau Pinang.
Parit Buntar ڤاريت بونتر | |
---|---|
Bandar | |
Nama panggilan: PB | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Daerah | Majlis Daerah Kerian |
Majlis Perbandaran | 2022 |
Pentadbiran | |
• Yang di-Pertua | Encik Khairul Amir b. Mohamad Zubir |
Penduduk (1991) | |
• Jumlah | 148,575 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak ditetapkan |
Laman sesawang | http://mdkerian.gov.my/ |
Parit Buntar merupakan pusat pentadbiran daerah Kerian. Majoriti penduduk Parit Buntar ialah Melayu, diikuti Cina dan India. Parit Buntar juga boleh dikenali sebagai 'bandar membaca' seperti Kampar yang juga terletak di Perak Tengah.
Terdapat juga stesen kereta api di Parit Buntar. Plaza tol Parit Buntar di Lebuhraya PLUS sini juga terdapat jalan ke Serdang, Kedah. Terdapat makanan yang terkenal dekat sini iaitu Laksa, Mi Hokkien, Rojak, Nasi Kandar.
Parit Buntar juga terletak dekat dengan Nibong Tebal dan Universiti Sains Malaysia di sana.
Parit Buntar ialah bandar terakhir di negeri Perak. Kawasan berikutnya telah meliputi negeri Pulau Pinang, terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Parit Buntar merupakan bandar yang paling dekat pergi ke Pulau Pinang dan Kedah di Perak.
Sekolah Menengah Cina turut terletak di Parit Buntar ini iaitu SMJK Krian dekat negeri Pulau Pinang. Banyak penduduk Parit Buntar pun akan berkunjung ke Nibong Tebal menjamu selera kerana enaknya makanan. Pekerja pun selalu mari balik Nibong Tebal untuk bekerja.
Untuk lebih tepat, Parit Buntar adalah terletak di Nibong Tebal di Utara dan Bagan Serai di selatan.
Sejarah nama bandar Parit Buntar berasal daripada nama seorang pemimpin iaitu Tok Buntar masyarakat yang terkenal pada masa dahulu di mana beliau dan pengikut-pengikutnya telah membina parit dari Sungai Kerian untuk dialirkan ke sawah-sawah. Parit tersebut pada asalnya dikenali Parit Tok Buntar dan seterusnya dikenali sebagai Parit Buntar. Sini juga boleh dikenakan sebagai 'bandar membaca' seperti Kampar juga terletak di Perak.
Jam Besar di pekan lama Parit Buntar ini merupakan antara mercu tanda bandar Parit Buntar. Jam besar ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961 untuk memperingati kemajuan dan kemakmuran cemerlang semua penduduk Parit Buntar. Bandar Baharu, negeri Kedah juga dihubungkan dengan Parit Buntar melalui jambatan yang melintasi Sungai Kerian ke arah lebuh raya PLUS menjadikan sini kedua-dua bandar muara sungai dengan Parit Buntar.
Sungai Kerian juga mencatat sejarah hitam apabila pada 13 September 1972, satu tragedi feri karam telah menyebabkan seramai 27 orang terkorban majoritinya adalah murid-murid sekolah SMJK (Cina) Kerian. Dahulu di tepi sungai ini terkenal dengan gerai makan yang dipanggil Gerai Terapung. Ketika itu Gerai Terapung menjadi tempat tumpuan utama masyarakat di Parit Buntar. Ketika dahulu, kedai di sepanjang jalan tepi sungai ini merupakan tempat utama untuk orang-orang Parit Buntar membeli baju-baju sukan yang berjenama, barang keperluan pertukangan, alatan dapur dan juga barangan lain.
Terdapat 6 cawangan kilang padi termasuk gudang simpanan beras milik LPN (Lembaga Padi & Beras Negara).Terdapat dua buah panggung wayang,Panggung wayang Cathay di Jalan Syarikat manakala panggung wayang Kapitol di Jalan Ria.
Pengangkutan awam utama sekitar tahun 60an hingga 2005 adalah bas yang mana sebuah syarikat Red Omnibus telah beroperasi menghubungkan pekan Tanjung Piandang melalui Sungai Bakau/Kedai Empat(Jalan Bawah) Titi Serong (Jalan Atas),menghubungkan pekan Kuala Kurau melalui pekan Batu Lima,menghubungkan pekan Bagan Serai dan Taiping melalui Jalan Persekutuan. Stesen bas utama dulunya berada di hadapan Masjid Daerah Kerian, Jalan Taiping (5.128458°U, 100.489652°T). Selain teksi terdapat juga pengangkutan jarak jauh seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM)(5.128832°U, 100.486718°T) manakala sekarang telah diwujudkan Hentian Raya bagi menghubungkan bandar utama di Semenanjung Malaysia. Ketika ini perkhidmatan bas tempatan telah ditamatkan kerana tidak mendapat sambutan.
Kegiatan sosioekonomi penduduk setempat majoritinya adalah petani yang mengusahakan sawah padi, sawit dan getah manakala selebihnya sebagai peniaga dan pemakan gaji awam/swasta.
Parit Buntar pernah berlaku peperangan dengan pihak Siam. Orang Kemboja datang bantu. Antara sejarah kedatangan etnik Kemboja ke parit buntar. Tidak pasti serangan tu selepas ke sebelum seberang jaya di Bom. Sampai sini rupanya siam & british serang Islam. Oleh itu semua berkumpul di sini. Satu2 nya sungai yang tak bersambung dengan keunikan sungai kerian ialah sg jawi. Sumber orang islam.
Bandar Parit Buntar terletak di tengah-tengah laluan Jalan Persekutuan 1 (Ipoh - Parit Buntar - Butterwoth). Terdapat kemudahan laluan rel keretapi yang merentasi parit Buntar dan terbaru, laluan rel keretapi elektrik berkembar yang menghubungkan Ipoh - Padang Besar.
Terdapat banyak tempat menarik dan bersejarah di Parit Buntar yang boleh dikunjungi antaranya :
(Nota..Terdapat satu tapak bersejarah iaitu bekas kilang gula di Bagan Tiang..keluasan komplek kilang tersebut lebih kurang 1 km persegi..pada tahun 70an dulu, structure bangunan tapak kilang gula itu masih dapat dilihat seperti menara serombong asap ..kolam penyimpanan gula cair dan batu pengisar jenis kawi seberat lebih kurang 400–500 kg..pada tahun 80an dahulu separuh bahagian dari batu pengisar berat tersebut telah pun tenggelam ke dalam tanah..dari bentuk batu tersebut, besar kemungkinan ianya beroperasi dengan menggunakan tenaga haiwan contohnya kerbau/lembu bagi membolehkan batu tersebut mengisar tebu).
Ngah Ibrahim adalah pengusaha awal industri tebu di Bagan Tiang..industri tebu di kawasan tersebut musnah apabila benteng/ban yg menghalang air laut dari masuk ke ladang gula telah pecah..ini menyebabkan tebu yg ditanam selepas tragedi tersebut menjadi sedikit masin dan tidak sesuai untuk dijadikan gula.. info dari Din Desa 019-6649464)
Pelancongan Sekitar Parit Buntar (Kerian)
Pengunjung juga boleh menginap di beberapa hotel di Parit Buntar yang bertaraf 2 bintang dan menikmati menu hidangan daerah Kerian yang juga disediakan di beberapa hotel di Parit Buntar.
Pengunjung boleh membeli belah di pusat membeli-belah yang terkenal dan agak besar. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai menu pilihan yang disajikan dan terkenal di negeri Perak ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.