Laksa

berasal daripada Melaka dan pertama dicipta oleh Baba Nyonya From Wikipedia, the free encyclopedia

Laksa
Remove ads

Laksa merupakan sejenis makanan mi berkuah pedas yang terdapat serata Nusantara[1][2] khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu. Ia menjadi makanan kebangsaan di Malaysia [3] juga terdapat di Singapura ,[4] selatan Thailand [5] [6]

Fakta Segera Jenis, Jenis sajian ...

Bahan utama untuk membuat kuah laksa seperti bunga kantan , daun kesum , otak udang dan asam gelugur hanya terdapat di Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Selatan Thailand , Kedah , Pulau Pinang dan Perlis .

Jenama Maggi Malaysia perkenalkan produk baharunya iaitu Laksa Warisan makanan warisan Malaysia [7]

Remove ads

Bahan Utama

Thumb
Daun Kesum atau Daun Laksa
Thumb
Asam gelugur atau Asam keping
Thumb
Bunga kantan

Bahan sampingan dan kuah

Maklumat lanjut Jenis, Asal ...
Remove ads

Sejarah

Laksa ialah salah satu hidangan paling popular asal dari Asia Tenggara, dengan pelbagai jenis bahan yang digunakan dan proses penyediaan yang berbeza mengikut wilayah masing-masing. Oleh itu, laksa mempunyai pelbagai jenis di seluruh wilayah ini, sukar untuk menentukan asal usul hidangan ini dengan tepat. Namun begitu, beberapa resipi laksa telah dibangunkan di sepanjang saluran perdagangan Asia Tenggara—di pelabuhan yang terletak di Pulau Pinang, Medan, Melaka, Singapura, Palembang dan Batavia (kini Jakarta); merupakan persinggahan utama di sepanjang laluan rempah-rempah yang bersejarah. Hubungan perdagangan yang intensif antara bandar pelabuhan ini membolehkan pertukaran idea berlaku, termasuk perkongsian resipi.[8]

Terdapat pelbagai teori tentang asal usul laksa. Salah satunya ialah perkataan "laksa" berasal daripada perkataan Parsi purba untuk "mi".[9] Menurut Denys Lombard dalam buku Le carrefour Javanais. Essai d'histoire globale II, yang diterbitkan pada tahun 2005, salah satu catatan terawal perkataan laksa untuk menggambarkan mi telah ditemui dalam prasasti Biluluk Jawa bertarikh 1391 pada era Majapahit, yang menyebut perkataan "hanglaksa". "Hanglaksa" dalam bahasa Kawi bermaksud, "pembuat bihun".[10] Perkataan laksa juga mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak atau "sepuluh ribu" (seperti mana dalam dokumen lama seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit[11]), merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan. Istilah laksa atau lakhshah juga dipercayai berasal daripada bahasa Parsi atau bahasa Sanskrit yang merujuk kepada sejenis bihun.

Satu lagi teori tentang asal-usul hidangan ini bermula pada ekspedisi tentera laut Cina Dinasti Ming pada abad ke-15 yang diketuai oleh Zheng He, yang di mana armadanya mengemudi Maritim Asia Tenggara.[9] Walau pun begitu, orang Cina seberang laut telahpun menetap lebuh awal di pelbagai bahagian di Maritim Asia Tenggara, berbanding ekspedisi Zheng He. Disebabkan hal itu, bilangan imigran dan pedagang Cina meningkat dengan ketara. Lelaki Cina berkahwin campur dengan penduduk tempatan, dan bersama-sama mereka membentuk masyarakat bercampur yang dipanggil Peranakan Cina atau Cina Selat dan Baba Nyonya.[9] Di Malaysia, varian laksa terawal dipercayai telah diperkenalkan oleh orang Cina Peranakan di Melaka.[12]

Remove ads

Jenis

Perkataan laksa berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak atau "sepuluh ribu" (seperti mana dalam dokumen lama seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit[13]) , merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan . Laksa berasal dari Malaysia iaitu di negeri  Melaka. Laksa sangat terkenal di Malaysia seperti  Kedah ,  Pulau Pinang , Perlis , Terengganu , Kelantan ,  Pahang ,  Melaka ,  Johor dan  Sarawak .

Laksa berasal daripada Melaka,Malaysia iaitu di  Melaka . Laksa pertama dihasilkan ialah Laksa Nyonya etnik Baba Nyonya. Lalu tersebar di Asia tenggara. Makanan ini telah sebati dalam budaya Cina, Melayu dan Cina Peranakan Malaysia. Di makan dengan makanan sampingan seperti Sambal Belacan ataupun olahan Minyak cili.

Laksa Utara

Laksa Utara seperti Asam Laksa, Laksa Penang di Pulau Pinang , Laksa Kedah di Kedah , Laksa Perlis di Perlis , sempadan Malaysia-Thailand Selatan Thailand. Bahan utama iaitu ikan seperti ikan kembong ataupun ikan tenggiri , bagi rakyat marhaen mereka menggunakan ikan kembong dan ikan selayang bagi yang berkemampuan mereka menggunakan ikan tenggiri . Laksa utara tidak menggunakan santan.

Laksa Lemak Putih

Di Pantai Timur pula ada Laksam dan Laksa Lemak Putih di negeri Terengganu , Kelantan , sempadan Pahang , sempadan Malaysia - Thailand Selatan Thailand. Bahan utama kedua juadah ini sama seperti Laksa Utara tetapi . Bagi Laksam, Mi Laksa di ganti dengan Lempeng yang dipotong secara memanjang, Laksam dan Laksa Lemak Putih berwarna putih atau kelabu kerana isi ikan tanpa cili kisar.

Laksa Cina Peranakan / Baba Nyonya

Ada dua versi Laksa Cina Peranakan/Baba Nyonya dalam masyarakat Cina Peranakan Malaysia dan ikut lidah Orang Barat atau Mat Salleh seperti Laksa Nyonya di Melaka dan Laksa Sarawak di Sarawak . Pada awalnya Laksa Cina Peranakan variasi pertama bermula dari Melaka iaitu Laksa Nyonya. Bahan utama Laksa Cina Peranakan ialah udang ataupun ayam dan semestinya bahan utama santan.

Laksa Kari

Versi Laksa masyarakat melayu Malaysia pula adalah Laksa Kari, Laksa Johor, Laksa Pahang dan Laksa Terengganu Kuah Merah .

Laksa kari hampir sama dengan Mi Kari, di Singapura mereka mengatakan Laksa Kari dan Mi Kari adalah kuah yang sama , walaupun rupa bentuk kedua juadah ini hampir sama sebenarnya ada perbezaan . Laksa Kari bahan utama perlu ada rempah kari , santan , ayan dan memakai mi kuning . Manakalah Laksa Kari ikan dan santan , Santan yang pekat itu dapat dibezakan dengan kuah Mi Kari , kuah Mi Kari lebih terasa kari berbanding rasa santan. Seterusnya Laksa Johor berasal daripada negeri Johor , kisahnya bermula daripada Sultan Abu Bakar iaitu Sultan Johor atau di kenali Sir Abu Bakar , ingin menyantap Laksa yang belum pernah baginda rasa . Lalu Cef di dapur mendapat idea untuk membuat olahan baru untuk kuah Laksa dan Mi Laksa, Mi Laksa itu di ganti dengan spageti , Bahan utama Laksa Johor ialah ikan tenggiri , rempah kari dan santan.

Laksa Kuah Merah Terengganu , Laksa Pahang hampir sama cara penyediaannya seperti Laksa Kari dan Laksa Johor ia menggunakan rempah kari dan kerisik .

Laksa Melayu dan Baba Nyonya

Laksa Lemak berasal daripada Melaka ia dihasilkan antara perpaduan antara Melayu dan Baba Nyonya , Laksa Lemak berbeza dengan Laksa Nyonya dan Laksa Katong .

Sebar di Thailand Singapura Indonesia

Laksa Katong di Singapura , Laksa Betawi di Indonesia , Laksa Siam di Thailand tergolong variasi Laksa Nyonya , manakala Laksa Banjar , Laksa Tangerang , Laksa Bogor , Laksa Cibinong dan Laksa Palembang di Indonesia tergolong dalam Laksa Lemak.

Remove ads

Ringkasan

Laksa berasal daripada Melaka iaitu Laksa Nyonya yang tersebar menjadi pelbagai variasi Laksa Cina Peranakan/Baba Nyonya

Laksa Utara

° Cina Kedah dan Penang :

° Asam Laksa iaitu Laksa Utara pertama terhasil di  Kedah dan  Pulau Pinang

° Melayu utara :

° Laksa Kedah asal  Kedah

° Laksa Penang asal  Pulau Pinang

° Laksa Perlis asal  Perlis.

° Laksa Medan asal Medan tergolong dalam laksa utara

Laksa Kari , Laksa Johor , Laksa Terengganu Kuah Merah , Laksa Pahang

° Melayu Johor dan Terengganu :

° Laksa Johor asal  Johor

° Laksa Kari asal  Johor

° Laksa Terengganu Kuah Merah  Terengganu

° Laksa Pahang  Pahang

Laksam dan Laksa Lemak Putih

° Melayu Pantai Timur :

° Laksam asal Pantai Timur Semenanjung

° Laksa Kelantan asal  Kelantan

° Laksa Terengganu asal  Terengganu

° Laksa Lemak Putih Pahang asal  Pahang

Laksa Cina Peranakan / Baba Nyonya

° Cina dan Cina Peranakan / Baba Nyonya :

° Laksa Nyonya variasi pertama asal  Melaka

° Laksa Sarawak asal  Sarawak

° Laksa Katong asal  Singapura

° Laksa Betawi asal Betawi

° Laksa Banjar asal Banjarmasin

° Laksa Siam asal  Thailand

Laksa Melayu dan Baba Nyonya atau Jawa

° Melayu dan Baba Nyonya :

° Laksa Lemak asal  Melaka

° Laksa Tangerang asal Tangerang

° Laksa Bogor asal Bogor

° Laksa Cibinong asal Jawa Barat

° Laksa Palembang asal Palembang

Remove ads

Galeri

Thumb
Laksa Penang asal Pulau Pinang
Thumb
Laksa Kedah asal Kedah
Thumb
Laksa Kelantan asal Kelantan
Thumb
Laksa Nyonya asal Melaka variasi pertama Laksa Nyonya


Thumb
Laksa Sarawak asal Sarawak
Thumb
Laksa Katong asal Singapura
Thumb
Laksa Johor asal Johor
Thumb
Laksa Kari asal Johor
Thumb
Laksa Betawi asal Betawi

Kontroversi

Pada tahun 2009, sebagai sebahagian daripada latihan penjenamaan makanan kebangsaan Malaysia, Menteri Pelancongan Malaysia, Ng Yen Yen cuba menuntut pemilikan untuk hidangan serantau seperti Laksa, nasi ayam Hainan dan Bak Kut Teh, dengan mendakwa bahawa orang lain telah "merampas hidangan mereka". Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dengan jiran serantaunya.[14][15][16] Ng kemudiannya, menjelaskan bahawa dia telah disalah petik mengenai niatnya untuk mempatenkan makanan itu, dan bahawa kajian tentang asal-usul makanan itu akan dijalankan "dan permohonan maaf disampaikan jika ia salah dituntut." Sehingga kini, hasil kajian itu masih belum didedahkan kepada umum.[17]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads