Pertanian organik
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertanian organik ditakrifkan sebagai sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik, yang menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah.[1] Ia menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input luar ladang, dengan mengambil kira keadaan wilayah yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh, agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik, untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem.[2]
Pertanian |
---|
Umum |
Agronomi · Penternakan |
Perladangan ekstensif |
Perladangan intensif |
Perladangan kilang |
Perladangan organik |
Permakultur · Perniagaan tani |
Pertanian · Pertanian bandar |
Pertanian mampan |
Pertanian perindustrian |
Sains pertanian · Ternak lepas |
Sejarah |
Sejarah pertanian |
Revolusi Neolitik |
Revolusi Pertanian Muslim |
Revolusi Pertanian British |
Revolusi Hijau |
Khusus |
Akuakultur · Berladang ternak |
Dusun · Gandum · Hidroponik |
IMTA · Jagung · Kacang soya |
Kayu gergaji · Meragut · Padi |
Penternakan ayam itik |
Penternakan babi intensifif |
Penternakan biri-biri |
Penternakan tenusu |
Sistem Intensifikasi Padi |
Kategori |
Bioteknologi |
Pemprosesan daging |
Penternakan ayam itik |
Pertanian mengikut negara |
Sejarah perladangan |
Syarikat pertanian |
Ternakan |
Terdapat dua jenis tujuan jangka masa iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek untuk mengembengkan pertanian.[3][4]
Melalui kaedah holistik semula jadi, pertanian organik mnyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah, dan membawa pertanian satu langkah ke hadapan dengan menghapuskan penggunaan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma diubahsuai genetik (GMO), yang bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia, tetapi juga flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik menguatkan struktur tanah, memelihara air dan memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan kepelbagaian bio.