Siput Sarawak (lahir Ramlah Mohamad; 1921 3 Jun 1999)[1] merupakan seorang seniwati filem Melayu.[2]

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Siput Sarawak
Thumb
Kelahiran
Ramlah binti Mohamad

1921
Meninggal dunia3 Jun 1999 (berumur 7778)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Abadi Lim Chu Kang, Jalan Bahar, Singapura
PekerjaanPelakon, penulis
Tahun aktif1947–1999
Pasangan
Anak-anakMurni Sarawak & Anita Sarawak + 15 anak angkat
BapaDollah Sarawak
Tutup

Beliau berlakon kali pertama dalam filem arahan B.S. Rajhans, Filem Cinta bersama S. Roomai Noor pada 1948. Filem Cinta memberi makna kerana selepas itu beliau dan S. Roomai Noor berkahwin, lalu dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Ithnaini atau lebih dikenali sebagai Anita Sarawak.

Kerjaya

Thumb

Mengimbas sejarah awalnya, Siput mula berlakon bangsawan Siput Kuyung bersama bapanya Dollah Sarawak (nama sebenar Mohamad Sulaiman) sejak berusia 11 tahun. Dollah Sarawak adalah nama besar dalam dunia bangsawan yang kemudian menjadi pelakon filem.

Beliau merupakan seorang yang buta huruf tetapi mampu menghafal semua skripnya yang dibacakan oleh orang lain. Selepas Perang Dunia Kedua, Siput menjadi penyanyi kabaret di Singapura sebelum berpeluang berlakon dalam filem pertamanya berjudul Singapura Waktu Malam.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah berlakon lebih kurang 50 filem terbitan Malay Film Productions, Cathay-Keris dan juga Studio Merdeka. Antara lakonan beliau yang paling menonjol ialah Hujan Panas, Muda Mudi, Rachun Dunia, Korban Fitnah, Patung Chendana, Hujan Gerimis, Naga Tasik Chini, Jiran Sekampung'' dan Mangsa. Beliau juga pernah berlakon di bawah terbitan Merdeka Studio, Kuala Lumpur untuk Filem Keluarga 69 bersama P. Ramlee. Filem Hujan Panas adalah antara filem yang paling digemarinya. Keberkesanan lakonannya dalam filem itu membuatkan beliau terus mendapat peluang berlakon watak jahat.

Pada zaman kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, selain daripada Seniman Salleh Kamil, Siput adalah pelakon yang dibenci kerana keberkesanan watak jahatnya. Filem terakhir lakonan beliau ialah Layar Lara bersama Azean Irdawaty dan juga seniman dan seniwati seangkatannya seperti Aziz Sattar, Mahmud Jun, Salmah Ibrahim dan Aziz Jaafar arahan pengarah berkaliber, Shuhaimi Baba pada tahun 1997.

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak. Beliau pernah mendirikan rumahtangga bersama Ismail Kassim pada tahun 1945. Hasil daripada perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang dinamakan Murni atau lebih dikenali sebagai Murni Sarawak. Walau bagaimanapun, jodoh mereka tidak berkekalan apabila berpisah pada tahun 1948.

Kematian

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 3 Jun 1999 pada usia 78 tahun di blok 9 Kempas Road, Singapura dan jenazah beliau selamat disemadikan di Pusara Abadi di kawasan Lim Chu Kang, Singapura. Pada masa itu juga, beliau berjiran dengan seniwati Hashimah Yon.[3]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Catatan
1947 Singapura di Waktu Malam Filem pertama
1948 Chinta Chinta
1949 Nasib
Nilam Puteri Nilam @ Dilara
1950 Pembalasan
Rachun Dunia Aishah
Bakti Edah
1951 Berdosa Salmah
1953 Hujan Panas Aminah
Sengsara
Mangsa
1955 Menyerah
Insan
1956 Pencuri Jamilah
1959 Korban Fitnah Munah
Raden Mas Mas Ayu
1960 Noor Islam Melor
Hantu Rimau
1961 Hang Jebat Isteri Hang Tuah
Yatim Mustapha Permaisuri Tengah
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Tun Tijah
Siti Zubaidah
Lela Satria
1962 Dang Anom
Korban Kasih Zainab
Mata Syaitan Juga sebagai penulis
1963 Bunga Tanjung
1964 Pontianak Gua Musang Rafeah
Wan Perkasa
1965 Jiran Sekampung
Patung Cendana
Ikan Emas Ibu Kiambang
Muda Mudi Dayang
1966 Naga Tasik Chini
1967 Keluarga 69 Siti Mariam
Under The Stars of Singapore Makcik Filem Jepun; penampilan khas
1968 Pop Muda
1975 Pontianak
1997 Layar Lara Ibu Seniwati Zai Filem terakhir, pelakon undangan
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.