S. Roomai Noor

Pelakon dan pengarah veteran Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

S. Roomai Noor
Remove ads

Dato' Haji S. Roomai Noor atau nama sebenarnya Muhammad Taib Bin Salleh (22 Februari 1923 – 16 Mac 1996) merupakan seorang mekanik, gerila, kerani, penulis, pelakon dan pengarah yang berasal dari Kampung Tengah, Temerloh, Pahang.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Kehidupan awal

Muhammad Toyib Bin Salleh dilahirkan di Kampung Tengah, Temerloh, Pahang pada 22 Februari 1923 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Temerloh, diikuti Sekolah Inggeris Sulaiman, Bentong, Pahang sehingga ke peringkat Junior Cambridge.[1]

Semasa Perang Dunia Kedua, beliau pergi ke Singapura dan menetap di rumah bapa saudaranya iaitu penulis yang terkenal, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako. Beliau kembali ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang pada tahun 1946 setelah Jepun kalah dengan Tentera Bersekutu. Kepulangan beliau itu telah menyebabkan keluarga terdekat beliau merasa terkejut kerana pada sangkaan mereka, beliau telah meninggal dunia semasa pendudukan Jepun.

Remove ads

Kerjaya

Beliau memulakan karier lakonan pertamanya dalam filem Chinta arahan B. S. Rajhans pada tahun 1948. Filem arahannya yang pertama ialah filem Adam pada tahun 1956.

Sepanjang kerjayanya, beliau mengunakan pendekatan bahawa media dan wartawan Melayulah yang diharap untuk mendekati dan mendaulatkan dunia filem Melayu dan dengan itu, karyawan filem jangan terlalu sensitif dengan kritikan serta menjadikan wartawan Melayu sebagai musuh.

Beliau pernah bekerjasama dengan Ho Ah Loke dalam penubuhan produksi Cathay-Keris. Akibat daripada itu, beliau telah dihalang untuk berlakon selama tiga tahun apabila Shaw Brothers berjaya mendapat perintah mahkamah menghalangnya muncul sebagai seorang pelakon. Perkara ini disebabkan tindakan beliau menubuhkan Cathay-Keris.

Ketika menghadiri Pesta Filem Asia di Taiwan pada tahun 1964, pesawat yang membawa delegasi Malaya telah terlibat dalam nahas udara. Walau bagaimanapun, beliau, M. Amin, Roseyatimah, Umi Kalthum dan Latifah Omar dilaporkan terselamat. Tetapi, nahas tersebut telah mengorbankan Loke Wan Thoo serta 53 penumpang yang lain.

Setelah industri perfileman Melayu di Singapura menampakkan kemerosotan, Jins Shamsuddin telah mempelawa beliau membintangi filem arahan pertamanya di Studio Merdeka iaitu filem Bukan Salah Ibu Mengandong yang turut menampilkan P. Ramlee, Umi Kalthum, Sarimah, Sharifah Hanim dan Ed Osmera. Sejak itu, beliau dan isterinya Umi Kalthum kerap membintangi filem-filem arahan Jins. Filem terakhir S. Roomai Noor ialah Sumpahan Mahsuri yang ditayangkan pada tahun 1989 dan selepas itu beliau menumpukan perhatian dalam lakonan untuk drama di kaca televisyen.

Remove ads

Perkahwinan

S. Roomai Noor mendirikan rumahtangga bersama seniwati Siput Sarawak yang dikenalinya semasa berlakon dalam filem Chinta dan dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Ithnaini atau lebih dikenali sebagai Anita Sarawak. Namun, perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. Pada tahun 1955, beliau berkenalan pula dengan seniwati Umi Kalthum semasa berkhidmat di studio Cathay-Keris hingga membawa kepada perkahwinan mereka dan dikurniakan enam cahaya mata termasuk Noorkumalasari.

Kematian

Pada 16 Mac 1996 bersamaan 25 Syawal 1416 H, beliau meninggal dunia di Hospital Makkah, Arab Saudi akibat penyakit paru-paru berair ketika beliau sedang menunaikan umrah sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama isterinya, Umi Kalthum. Kisahnya telah diadaptasikan ke dalam sebuah telefilem yang berjudul Pintu No.9 Masjid Nabawi terbitan Zeel Productions Sdn Bhd dimana watak Allahyarham dilakonkan oleh pelakon Zulkifli Ismail, manakala Noorkumalasari memegang watak ibunya Umi Kalthum.

Remove ads

Filemografi

Filem

Sebagai pelakon

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Sebagai pengarah

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Sebagai pelakon

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

  • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (1980)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-5 (1984)
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) oleh Sultan Pahang (1988)
  • Dicalon untuk menerima Anugerah Seni Negara 1996 oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Tapi pencalonan itu terpaksa ditarik balik apabila beliau meninggal dunia.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads