ahli politik dan peguam Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Allahyarham Tun Dato' Sardon bin Haji Jubir (19 Mac 1917 – 14 Disember 1985) merupakan seorang tokoh politik Melayu yang terkenal. Beliau pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dari 1975 hingga 1981. Sebelum itu, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kerja Raya dan Komunikasi dari tahun 1971 hingga 1975.
Sardon Jubir | |
---|---|
سعدون زبير | |
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-4 | |
Dalam jawatan 2 Februari 1975 – 30 April 1981 | |
Ketua Menteri | Tun Dr. Lim Chong Eu |
Didahului oleh | Tun Syed Sheh Hassan Barakbah |
Digantikan oleh | Tun Dr. Awang Hassan |
Anggota Majlis Undangan Singapura bagi Luar Bandar Timur | |
Dalam jawatan 1 April 1948 – 16 February 1951 | |
Gabenor | Franklin Charles Grimson |
Didahului oleh | Kawasan undi dibentuk |
Digantikan oleh | Kawasan undi dimansuh |
Majoriti | 109 (9.8%) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Rengit, Johor, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia) | 19 Mac 1917
Meninggal dunia | 14 Disember 1985 68) Kuala Lumpur, Malaysia | (umur
Tempat persemadian | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur |
Parti politik |
|
Pasangan | Toh Puan Saadiah Abdullah |
Anak-anak | 4 |
Alma mater | Middle Temple, London |
Profesion | Peguam |
Dilahirkan di Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat, Johor, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Bangan, Mukim Sungai Kluang dan Victoria English Primary School di Singapura. Beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Raffles Insituition pada tahun 1932.
Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan disahkan sebagai Barrister dari Middle Temple, London. Beliau kembali ke Singapura pada tahun 1941.
Beliau berkahwin dengan Toh Puan Saadiah Abdullah pada tahun 1944 dan dikurniakan 4 cahayamata.
Tun Sardon juga pernah menjadi presiden bagi Majlis Belia Malaya yang telah diiktiraf secara rasmi pada 9 September 1950 di Pulau Pinang. Tun Sardon berkhidmat dari tahun 1958 - 1961 bagi menggantikan Syed Hashim Abdullah yang berkhidmat dari tahun 1955 - 1957. Beliau digantikan oleh Syed Kamaruddin Syed Bahaldin yang berkhidmat dari tahun 1964 - 1965.
Sardon bin Jubir mengawali karier politiknya dengan menjadi Anggota Majlis Undangan Singapura dari Kawasan Undi Luar Bandar Timur untuk pilihan raya umum Singapura 1948. Ia memenangi kerusi dengan majoriti 109 suara selepas menewaskan Cheong Hock Chye di kawasan undi tersebut. Beliau tercatat pernah menjadi anggota Pertubuhan Melayu Singapura, atau Singapore Malay Union (SMU), sejak awal 1948. Apabila ia menjabat sebagai Presiden Pertubuhan Melayu Singapura, ia pernah mengirim protes rasmi kepada PBB di Lake Success akan perlakuan Australia terhadap nelayan Melayu yang menurut beliau tidak sesuai dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia (HAM).[1]
Sewaktu balik ke Johor pada dekad 1960-an, beliau menang di kawasan Pontian Utara dalam pilihan raya umum Malaysia 1969. Selepas itu beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.
Antara jawatan yang pernah disandang :
Sekolah Menengah Tun Sardon , Rengit Johor dinamakan sempena nama beliau
Tun Sardon pernah menjadi Ketua Pengakap Negara dari 1963-1973. Antara sumbangan beliau ialah mewujudkan Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu (Akta Parlimen No 38 Tahun 1968).Persidangan Pengakap Timur Jauh ke-4 1964. Jambori Pengakap Malaysia pertama diadakan pada 1966.
Sardon menerima "Pingat Emas" dari Pengakap Korea Selatan dan "Pingat Emas Raja" dari Pengakap Thailand. Kem Pengakap Sardon Jubir di Balakong, Selangor telah dibina bagi mengenang jasa beliau.[2]
Tun Sardon meninggal dunia pada 14 Disember 1985 dan telah disemadikan di Makam Pahlawan di pekarangan Masjid Negara Kuala Lumpur.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.