hidangan daging rempah cucuk dan dibakar yang berasal daripada pulau Jawa From Wikipedia, the free encyclopedia
Sate[9] (Jawi: ساتي) ataupun satai[10] ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi berasal dari bahasa Jawa bahagian Blora. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa atau buluh, dan dibakar menggunakan api arang kayu.
Sate | |
---|---|
Nama alternatif | Satai, Satti |
Jenis | Skewer |
Jenis sajian | Entrée atau hidangan utama |
Tempat asal | kabupaten Blora, Jawa, Indonesia[1][2][3] |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara, Suriname, Sri Lanka, and Belanda |
Masakan berkaitan | Indonesia[1] Malaysia[4][5][6][7] Singapura[8] |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Daging yang condong dan panggang dengan pelbagai sos, terutamanya sos peanut |
Bahan yang biasa digunakan | Jejari ayam, garam, air minuman, soy sauce, limau, kayu, bawang putih, Bumbu kacang, bawang merah, offal, daging ayam, ikan, makanan laut, Daging kambing, daging lembu, kacang tanah, kicap |
Cara penyediaan | Fire-grill, Membakar |
Keragaman/variasi | Pelbagai variasi di seluruh Asia Tenggara |
sunting · sunting di Wikidata |
Sate dipercaya berasal dari Masakan Jawa bahagian Blora Cepu[11][12][13][14][3] yang kemudian telah menyebar hampir keseluruh di Indonesia, di mana ia telah menjadi hidangan kebangsaan.[15][1][16][17] Sate juga popular di kebanyakan negara Asia Tenggara termasuk Filipina, Thailand, Malaysia, Singapura dan Vietnam.[18]
Dalam petikan dari buku Encyclopaedia of Chinese and Oriental Cookery, sate adalah masakan Jawa.
"Walaupun kedua-dua Thailand dan Malaysia mendakwanya sebagai milik mereka, asal Asia Tenggaranya adalah di Jawa, Indonesia. Di sana sate dibangunkan daripada kebab India yang dibawa oleh peniaga Islam. Malah India tidak boleh menuntut asal usulnya, kerana di sana ia adalah warisan pengaruh Timur Tengah.[19]
Kebanyakan orang Melayu di Malaysia tidak makan daging semata-mata. Oleh itu, biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.[perlu rujukan]
Di Malaysia, sate sering dikaitkan dengan sate Kajang. Di Bayan Baru, Pulau Pinang ada dijual sate Kajang. Begitu juga dengan di Ipoh, Muar dan Johor Bahru yang pada masa itu dibawa oleh penghijrah Jawa dari Madura terutama Ponorogo sampai ke kawasan Nusantara lain.[perlu rujukan]
Sate bukan menu makanan Nusantara semata-mata. Sate turut terkenal di negara-negara Asia Tenggara lain. Di benua Amerika Selatan iaitu di negara Suriname ada juga sate, tetapi saiznya lebih besar.[perlu rujukan]
Selain sate lembu dan ayam yang terkenal, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:[20]
Kita[nyatakan menurut siapa?] sedia maklum ramai orang Indonesia, terutamanya Orang Jawa dibawa oleh penjajah Belanda ke Suriname untuk menjadi buruh paksa di sana. Mungkin mereka inilah yang membawa budaya sate di benua Amerika Selatan.[perlu rujukan]
Di Malaysia, sate dipercayai diperkenalkan oleh Haji Tasmin bin Sakiban di pusat bandar Kajang sekitar tahun 1900. Beliau menjual dari rumah ke rumah dan di sepanjang jalan, beliau akan berhenti jika dipanggil. Jadi, perniagaan beliau ialah jenis perniagaan bergerak ataupun peniaga kandar. Perniagaan ini merujuk kepada dua bekas yang dikandar oleh peniaga. Gambaran mengenai peniaga sate yang mengandar barang jualannya boleh dilihat dalam filem Pontianak Gua Musang.[perlu rujukan]
Anak saudara Haji Tasmin telah mengkomersialkan sate Kajang ini. Jika dahulu sate dimakan di tepi-tepi jalan dan gerai-gerai kecil, kini sate dijual di bangunan yang lebih mewah dan standard. Cara hidangan, lokasi, menu air, menu sate turut berubah sesuai dengan perubahan zaman.[perlu rujukan]
Penerbangan Garuda Indonesia, Singapore Airlines dan Malaysia Airlines menjadikan sate sebagai menu pembuka selera untuk penumpang kelas Pertama dan kelas Bisnes masing-masing.[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.