rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia
Chom Phon Akat (Bahasa Thai: จอมพลอากาศ ) atau Marsyal Tentera Udara Diraja Thai adalah pangkat lima bintang dan pegawai paling kanan dalam Tentera Udara Diraja Thai. Ia setaraf dengan Fil Marsyal (atau Chom Phon) dalam Tentera Darat Diraja Thai dan Laksamana Armada (atau Chom Phon Ruea) dalam Tentera Laut Diraja Thai. Pangkat Marsyal TUDT juga setaraf dengan pangkat Marsyal Tentera Udara Diraja British.
Marsyal Tentera Udara Diraja Thai จอมพลอากาศ | |||
| |||
Negara | Thailand | ||
Cabang perkhidmatan | Tentera Udara Diraja Thai | ||
Singkatan | |||
Pangkat | Pangkat lima bintang | ||
Diperkenalkan | 1937 | ||
Persamaan NATO | OF-10 | ||
Pangkat tinggi seterusnya | |||
Pangkat rendah seterusnya | Ketua Marsyal Udara | ||
Persamaan pangkat tentera darat | Fil Marsyal (RTA) | ||
Persamaan pangkat tentera laut | Laksamana Armada (RTN) | ||
Raja Thai selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Diraja Thai secara automatik dijadikan Chom Phon selepas naik takhta.[1] Pangkat tersebut secara rasminya dizahirkan pada tahun 1937, dengan asas formal Tentera Udara Diraja Siam. Bersama dengan semua pangkat tentera udara bebas yang lain.
Potret | Nama | Memerintah dari | Memerintah hingga | Mangkat |
---|---|---|---|---|
Raja Ananda Mahidol (Rama VIII) |
2 Mac 1935 | 9 Jun 1946 | ||
Raja Bhumibol Adulyadej (Rama IX) |
9 Jun 1946 | 13 Oktober 2016 | ||
Raja Vajiralongkorn (Rama X) |
13 Oktober 2016 | Penyandang terkini | ||
No. | Imej | Nama | Hayat | Tarikh pelantikan | Nota | Ruj |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Plaek Phibunsongkhram | 1897–1964 | 1941 | Perdana Menteri Thailand (1938–1944 dan dari 1948–1957). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Thai. Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Laksamana Armada pada tahun yang sama. Dikenali popular sebagai Chom Phon Por (Fil marsyal Por). Sebelum itu memegang pangkat Mejar Jeneral dalam tentera darat. | [2][3] | |
2 | Fuen Ronnaphagrad Ritthakhanee | 1900–1987 | 1954 | Timbalan Perdana Menteri Thailand (1955–1957). Menyandang jawatan Panglima Tentera Udara Diraja Thai (1949–1957). Juga berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan dan sebagai Kementerian Kesihatan Awam dibawah PM Plaek Phibunsongkhram. | [4] | |
4 | Sarit Thanarat | 1908–1963 | 1959 | Perdana Menteri Thailand (1958–1963). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Diraja Thai. Menerima pangkat Fil Marsyal pada 1956.[5] Kemudian juga menerima pangkat Laksamana Armada dan Marsyal Tentera Udara pada 1959. Sebelum itu memegang pangkat Jeneral dalam tentera darat, Laksamana dalam tentera laut dan Ketua Marsyal Udara dalam tentera udara.[6] | [7][8] | |
3 | Chalermkiat Vatthanangkun | 1914–1960 | 1960 | Dikurniakan selepas mati oleh Titah Diraja. Pesawat terhempas di gunung berhampiran Taipei, sewaktu membuat lawatan kerja sebagai Panglima Tentera Udara Diraja Thai (1957–1960). Sebelum itu memegang pangkat Marsyal Udara. | [9] | |
5 | Thanom Kittikachorn | 1911–2004 | 1964 | Perdana Menteri Thailand (Januari hingga Oktober 1958 dan dari 1963–1973). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Diraja Thai. Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Laksamana Armada pada masa yang sama. Sebelum itu memegang pangkat Jeneral dalam tentera darat. | [10][11] | |
6 | Praphas Charusathien | 1912–1997 | 1973 | Timbalan Perdana Menteri Thailand (1958–1958). Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Laksamana Armada pada masa yang sama. Menyandang jawatan Panglima Tentera Darat Diraja Thai. Sebelum itu memegang pangkat General dalam tentera darat. | [12][13] | |
7 | Permaisuri Bonda Sirikit | 1932–kini | 1992 | Permaisuri Raja Bhumibol Adulyadej. Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Laksamana Armada pada masa yang sama. Mungkin satu-satunya wanita dalam sejarah yang mencapai pangkat tersebut. | [14] | |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Senarai Marsyal Tentera Udara Diraja Thai |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.