Seychelles

From Wikipedia, the free encyclopedia

Seychelles
Remove ads

Republik Seychelles (Perancis: [sɛʃɛl][6][7][8] atau [seʃɛl][9] bahasa Kreol: Repiblik Sesel) adalah sebuah negara kepulauan di tengah Lautan Hindi, sekitar 1.600 km sebelah timur daratan Afrika, dan sebelah timur laut Madagaskar. Negara dan wilayah tetangganya ialah Mauritius dan Réunion di sebelah selatan, Comoros dan Mayotte. di barat daya, dan Kepulauan Maldives di timur laut.

Fakta Segera Republik Seychellesريڤوبليك سيشيلRepublic of SeychellesRépublique des SeychellesRepiblik Sesel, Ibu negaradan bandar terbesar ...
Remove ads

Sejarah

Penamaan

Kepulauan ini dinamakan para peneroka Perancis sempena Jean Moreau de Séchelles, seorang negarawan yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan Raja Louis XV.[10]

Zaman penerokaan

Pulau ini langsung tidak pernah dihuni mana-mana manusia sehinggalah abad ke-16, apabila sebuah armada Portugis diketuai Vasco da Gama menemui Pulau Silhouette dan Pulau Desroches pada 15 dan 16 Mac 1503, sepertimana yang dicatat Thomé Lopes.

Zaman moden

Negara ini dimerdekakan sebagai suatu republik pada tahun 1976, ia turut menyertai Alam Komanwel pada tahun sama.[11]

Suatu rampasan kuasa diketuai France Albert René menggulingkan pemerintahan presiden pertama James Mancham pada tahun 1977.[12] Perlembagaan yang digubal rejimnya menjadikan ia suatu negara ekaparti sehingga 1991.

Remove ads

Pentadbiran

Daerah pentadbiran

Seychelles terbahagi menjadi 23 daerah:

Geografi

Seychelles ialah sebuah negara kepulauan yang terletak di Laut Somali, di timur laut Madagascar dan kira-kira 835 bt (1,344 km) dari Mogadishu, ibu negara Somalia.[13] Dalam perlembagaan negara, Seychelles memiliki 155 buah pulau bernama,[14] tetapi kebanyakannya tak berpenghuni serta dijadikan rizab alam. Keluasan tanah negara ialah 452 km2 (175 bt2), dengan zon ekonomi ekslusif seluas 1,336,559 km2 (516,048 bt2). Kira-kira 90 peratus penduduk (kira-kira 90 ribu orang) menetap Mahé, 9 peratus lagi di Praslin dan La Digue. Mahé merangkumi kira-kira sepertiga keluasan tanah negara, dan sepertiga lagi dirangkumi pulau Aldabra.[15]

Iklim Seychelles adalah sederhana tetapi agak lembap disebabkan oleh saiz pulau yang kecil,[16] dan dikelaskan sebagai iklim hutan hujan tropika (Af). Suhu persekitaran berjulat sedikit sahaja sepanjang tahun. Suhu persekitaran Mahé boleh daripada 24 hingga 30 °C (75 hingga 86 °F), dan taburan hujan adalah 2,900 mm (114 in) secara tahunan di Victoria ke 3,600 mm (142 in) di kaki gunung. Taburan hujan di pulau-pulau lain adalah sedikit lebih rendah.[17]

Ekonomi

Ekonomi Seychelles secara utamanya berdasarkan perikanan, pelancongan, pemprosesan hasil pertanian, binaan kapal, perabot dan minuman.[18][19] Hasil-hasil pertanian negara termasul kayu manis, keledek, ubi kayu, pisang, ternakan poltri dan tuna.[18][19]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads