Aya
suku ikan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Aya atau tuna[2] ialah sejenis ikan pelagik yang tergolong dalam suku Thunnini keluarga Scombridae; kelompok tersebut terdiri daripada 15 spesies dan lima genus.[3] Ikan-ikan aya pemangsa yang aktif dan tangkas kerana pantas berenang – spesies aya sirip kuning mampu berenang mencapai kelajuan 75 km/j (47 mph).[4]
Di perairan lautan tropika, aya ditangkap secara komersial khususnya sebagai sumber makanan dan untuk tujuan rekreasi di laut. Penangkapan berlebihan ikan-ikan ini menyebabkan beberapa spesies ikan jenis ini diancam kepupusan.[5] Aya tersebar luas di lautan-lautan beriklim sederhana dunia.[6]
Remove ads
Etimologi
Dalam bahasa Melayu, ikan dalam kelompok ini dikenali sebagai aya, tongkol, kayu, bakulan dan sebagainya.
Istilah Inggeris tuna dipinjamkan daripada bahasa Sepanyol atún daripada bahasa Arab Andalusia at-tūn yang diserap daripada التون al-tūn [التن dalam bahasa Arab Moden] daripada kata Latin thunnus.[7] Perkataan thunnus dipinjam daripada Bahasa Yunani Kuno: θύννος, thýnnos yang dipakai pada spesies Scomber thynnus,[8][9] nama ini terbit daripada kata θύνω thýnō "meluru".[10] Nama suku Thunnini juga dijejak daripada perkataan Thunnus.
Remove ads
Taksonomi
Suku Thunnini mempunyai satu cabang monofiletik yang merangkumi 15 spesies dalam lima genus:
- Keluarga Scombridae
- suku Thunnini: aya
- genus Allothunnus: aya ramping
- genus Auxis: aya selasih
- genus Euthynnus: aya kecil
- genus Katsuwonus: aya jepun
- genus Thunnus: albakor dan aya sebenar
- subgenus Thunnus (Thunnus): kumpulan sirip biru
- subgenus Thunnus (Neothunnus): kumpulan sirip kuning
- suku Thunnini: aya
- Keluarga Scombridae
Kladogram berikut menggambarkan hubungan evolusi antara takson-takson ikan aya dan suku lain dalam keluarga Scombridae yang mencabang, rajah ini dibaca dari kiri ke kanan mengikut garis masa. Contohnya, cabang aya jepun sedahan dengan cabang suku Thunnus, cabang suku ikan aya ramping Allothunnus yang paling primitif lebih jauh; suku aya Thunnus sedahan dengan cabang suku Sardini.[3]
| Aya: suku Thunnini, dalam keluarga Scombridae | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kladogram: Aya dikelaskan kepada suku Thunnini (di bawah-tengah dalam kladogram di atas) – satu daripada empat suku yang ada dalam keluarga Scombridae.[3] |
Remove ads
Ciri
Badan ikan-ikan jenis ini ramping. Ukuran ikan jenis aya sangat berubah-ubah, aya peluru paling kecil dengan panjang maksimum 0.5 meter dan berat 1.8 kilogram, manakala aya sirip biru Atlantik ikan yang paling besar dengan panjang maksimum 4.6 m dab berat: 684 kg) yang puratanya 2 m (6.6 ka) dan dipercayai hidup sampai 50 tahun.[perlu rujukan]
Badan ikan aya bergaris arus untuk membantunya berenang dengan laju. Ia mempunyai dua sirip terpisah di belakang. Sirip belakang boleh direndahkan dan disokong oleh duri-duri badan.[11] Sirip pinggul terletak di bawah sirip dada. Sirip belakang dan sirip pinggul ini boleh disentap kembali apabila aya berenang laju.[11]
Ekornya berbentuk bulan sabit. Bahagian atas badan berwarna biru gelap manakala bahagian bawah berwarna keputihan untuk membantunya menyamar.[12] Aya dapat mengekalkan suhu tubuh lebih tinggi berbanding air di sekelilingnya.
Rujukan
Bibliografi
Bacaan lanjut
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
