From Wikipedia, the free encyclopedia
Stabskapitänleutnant , singkatan: StKptLt / dalam daftar: SKL, (Melayu: staf kepten leftenan dan bahasa Inggeris: Staffcaptain lieutenant ) ialah pangkat Fachdienstoffizier (bm: pegawai pakar, setanding dengan Pegawai Waran AS) tertinggi dalam Tentera Laut Jerman.[1]
Staf Kepten Leftenan Stabskapitänleutnant | |||||||
| |||||||
Negara | Jerman | ||||||
Cabang perkhidmatan | Tentera Laut Jerman | ||||||
Singkatan | StKptLt | ||||||
Kumpulan pangkat | Pegawai muda | ||||||
Diperkenalkan | 1993 | ||||||
Kod NATO | OF-2 | ||||||
Pangkat tinggi seterusnya | Korvettenkapitän | ||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat | Stabshauptmann (Tentera Darat & Tentera Udara) | ||||||
Pangkat ini ditakrifkan OF-2a[2] dalam NATO, dan setaraf dengan Stabshauptmann dalam Heer, dan Luftwaffe. Ia ditetapkan gred A13 dalam sistem gaji Kementerian Pertahanan Persekutuan dan ia lebih kanan daripada pangkat tetap OF-2 Kapitänleutnant (bm: Leftenan).
Selaras dengan ZDv 10/8, cara panggilan rasmi pegawai berpangkat Stabskapitänleutnant (OF-2a) ialah "Herr/Frau Stabskapitänleutnant ". Namun, mengikut tradisi Jerman dan bahasa pelaut "Stabskapitänleutnant " ialah "Herr/Frau Kaleu".
Tanda pangkatnya, dipakai pada lengan dan bahu, berbentuk satu bintang berbucu lima di atas dua jalur lurus besar dengan dua jalur lurus kecil berada ditengahnya (tanpa bintang bila sarung pangkat jenis slip on dipakai).
Anggota "pegawai kerjaya kapal" (Jerman: Truppendienstoffizier/ Truppendienstlaufbahn ) melangkau pangkat ini, dengan kenaikkan pangkat tetap daripada Kapitänleutnant (OF-2) kepada Korvettenkapitän (OF-3); namun, gred gaji A13 (Stabskapitänleutnant dan Korvettenkapitän) adalah sama.
Pangkat pegawai Tentera Laut Jerman | ||
Pegawai Waran / pegawai kerjaya pakar | ||
pangkat junior Kapitänleutnant |
Stabskapitänleutnant |
tamat kerjaya |
Kerjaya pegawai medan | ||
Kapitänleutnant | pangkat senior Korvettenkapitän |
Turutan pangkat (dari atas ke bawah) dalam kumpulan tertentu adalah seperti berikut:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.