Umi Kalthum
Pelakon veteran wanita Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Datin Hajjah Patimah Bte Bahaudin atau lebih dikenali sebagai Datin Hajjah Umi Kalthum (18 Oktober 1931 ā 24 Julai 2013) merupakan seniwati filem Melayu klasik. Datin Umi Kalthum merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang berbangsa Melayu berketurunan Minangkabau sebelah bapa serta Mandailing sebelah ibu.[1]
Umi Kalthum | |
---|---|
Kelahiran | Patimah Bte Bahaudin (1931-10-18)18 Oktober 1931 |
Meninggal dunia | 24 Julai 2013(2013-07-24) (umur 81) |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Klang Gate |
Nama lain | Umi Kalthum |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1959ā2000 |
Terkenal kerana | Bawang Putih Bawang Merah |
Pasangan |
|
Anak-anak | 8 (termasuk Noorkumalasari) Anita Sarawak (anak tiri) |
Ibu | Rokiah Sutan Mohd Zain |
Bapa | Bahaudin Baginda Mohd Aris |
Pembabitannya dalam bidang perlakonan bermula ketika beliau melawat Singapura dengan seorang teman bernama Siti pada 1951. Ketika di sana, beliau telah ditawarkan peranan oleh pengusaha filem veteran, Ho Ah Loke. Sehubung dengan itu Umi Kalthum muncul dalam filem awalnya seperti Dahlia, Buluh Perindu dan Kampung Nelayan.
Sewaktu berada di Singapura, Umi dan ibunya diberi layanan baik oleh keluarga Ah Loke malah pernah tinggal di rumah mereka selama setahun. Kebetulan, Ah Loke berkawan rapat dengan suaminya, Allahyarham Datuk S Roomai Noor. Atas dasar persefahaman jugalah kedua-dua mereka menubuhkan Cathay-Keris Film Productions yang akhirnya berkembang menjadi Cathay-Keris.
Umi Kalthum pernah dipilih majalah antarabangsa terkemuka, Life sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di seluruh Singapura dan Malaya. Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.