watak cereka From Wikipedia, the free encyclopedia
ialah watak dalam animasi BoBoiBoy. Dia ialah rakan BoBoiBoy yang mempunyai keupayaan untuk memanipulasi graviti, yang membolehkan dia untuk mengawal graviti dan terbang.
Bobioy | |
---|---|
Watak BoBoiBoy | |
Kemunculan pertama | BoBoiBoy Musim 1, Episod 1 (2011) |
Kemunculan terakhir | Akan diumumkan... |
Disuarakan oleh |
Nur Sarah Alisya Zainal Rashid (Bahasa Melayu) Fairuz Arfa Ariff Syah (Bahasa Inggeris Disney Channel dan YouTube) Menik Diah Sekartaji (Bahasa Indonesia) Puteri Sabrina Affendy (Bahasa Inggeris Galaxy) |
Informasi | |
Nama panggilan | Mimi & Siti Zubaidah (BoBoiBoy) Hanna (Nama Bahasa Inggeris) Yey Yey (Tok Ngau, Rukawr) |
Gelaran | Yaya |
Spesies | Manusia |
Jantina | Perempuan |
Pekerjaan | Wira Pelajar di Sekolah Rendah Pulau Rintis Lans Koperal dalam TAPOPS |
Keluarga | Makcik Wawa (Ibu) ToToiToy (Adik Lelaki) |
Agama | Islam |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Selain daripada siri BoBoiBoy, Yaya juga turut tampil dalam siri sedutan ringkas berbentuk tauladan, iaitu Apa Kata Yaya sebagai watak utama dan komik sempalan, Detektif Yaya.
Yaya merupakan orang pertama yang berjumpa dengan BoBoiBoy di Pulau Rintis. Dia bersama Gopal dan Ying telah berkenalan dan mula berkawan dengan BoBoiBoy sejak dia pindah ke situ. Selepas Yaya diberikan Jam Kuasa oleh Ochobot, dia mendapat kuasa terbang dan super kuat. Jadi Yaya bersama kawan-kawannya menggunakan kuasa-kuasa ini untuk melindungi Pulau Rintis daripada ancaman Adu Du di samping membantu masyarakat setempat apabila ada kesusahan.
BOBOIYGRLRXVSORI BABA BABA Di Sekolah Rendah Pulau Rintis, pencapaian akademik dan bukan akademik Yaya amat cemerlang. Oleh itu, dia memegang jawatan ketua kelas 5 Jujur dan presiden kesemua persatuan dan kelab sekolah. Dalam Musim 2, Episod 5, Gopal pernah menjelaskan kepada BoBoiBoy dan Fang mengenai Dinding Kejayaan yang tertera jawatan-jawatan Yaya dengan gambar Yaya sebagai pelajar yang paling dicintai.
Ochobot telah diculik oleh pasukan Tengkotak dengan tujuan menggunakannya untuk mencari Klamkabot, sebuah Sfera Kuasa purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. Yaya bersama kawan-kawannya telah berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia di sebalik misteri Sfera Kuasa.
Tiga tahun telah berlalu sejak peristiwa yang telah berlaku dalam filem, Yaya kembali ke Pulau Rintis bersama Ying selepas pergi melancong. Kemudian mereka dilantik oleh Cici Ko menjadi Lans Koperal dalam pasukan TAPOPS untuk membantu ahli-ahli lain mencari dan melindungi Power-Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi, Yaya dan yang lain mengembara di galaksi dan tidak dibenarkan untuk berada di Bumi buat sementara waktu.
Disebabkan Ochobot kehilangan sebahagian daripada ingatannya, kuasa Yaya pada mulanya dianggap sebagai terbang dan "super" kuat, tetapi kemudian didedahkan adalah Kuasa Manipulasi Graviti. Dengan kuasa ini, dia boleh menguasai graviti dan melepaskannya, yang memberikannya super kuat yang sebenarnya. Oleh sebab Yaya memanipulasi graviti juga membolehkan dia untuk terbang.
Dalam BoBoiBoy: The Movie, Yaya telah menerima peningkatan ke tahap kedua bagi kuasanya. Peningkatan kuasa ini membolehkan dia mengangkat objek-objek yang lebih berat dengan mengurangkan keberatan sesuatu benda dengan kuasa gravitinya. Dengan kebolehan ini, secara tidak langsung memberikan kuasa yang lebih kuat kepada Yaya untuk bertarung.
Yaya sering berpakaian serba merah jambu. Bajunya berlengan merah jambu yang panjang, berjalur putih dan merah jambu yang menegak. Di atas bajunya, dia memakai anak baju yang berwarna kuning dan berlukisan bunga merah tersenyum. Yaya memakai tudung merah jambu yang berbunga kuning, mempunyai tanda berbentuk mulut di bahagian tepi atas kepalanya, dan beralaskan sepasang gogel. Dia juga berseluar merah pulasan.
Dalam musim kedua, gayanya tidak banyak berubah tetapi dia memakai pin tudung berbentuk bunga di tepi tudungnya. Dia memakai tali pinggang berkepit, tudungnya telah diubah suai sedikit. Poligon Yaya semakin banyak dan menjadikan wataknya semakin lembut. Kasutnya juga telah diubah suai sedikit.
Dalam musim ketiga pula, dia tidak lagi memakai pin tudungnya di tepi tetapi sebaliknya di tepi gogelnya dan memakai gogel merah jambu. Tudung Yaya pula berada di luar bajunya seperti selendang pendek dan lengan bajunya semakin singkat. Yaya juga memakai kasut merah jambu dan sedikit kelabu. Poligon Yaya juga semakin bertambah sejak musim kedua.
Dalam BoBoiBoy Galaxy, Yaya mempunyai lengan panjang berwarna merah jambu pada blaus putih dan bertali pinggang kuning dengan beg kecil yang dihiasi dengan bunga yang tergantung di pinggang kanannya, berseluar merah jambu yang gelap dan berkasut putih dan merah jambu gelap. Gaya tudungnya juga berubah dan gogelnya kini berwarna kuning.
Mengikut konsep asal, Yaya tidak bertudung penuh, sebaliknya memakai skarf kepala (yang juga bergogel) dan terdedah rambut jambul pepat di hadapan dan ekor kuda di belakang. Bajunya berwarna merah terang dan kuning tetapi kasutnya tetap sama seperti kasutnya pada musim pertama.
Yaya adalah seorang gadis yang manis, mesra dan ceria, tetapi mudah kecil hati. Dia juga seorang budak perempuan yang prihatin dan selalu memberi nasihat kepada kawan-kawannya dan orang lain tidak kira dalam apa-apa situasi pun. Dia juga suka menolong orang dan tidak suka apabila kawan-kawannya menolak pertolongannya. Yang paling kurang menyenangkan orang, Yaya suka membuat biskut tetapi biskut-biskut yang dibuatnya tidak sedap dimakan. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak wajar membidas ketidaksedapan biskut Yaya supaya Yaya tidak naik berang, tambahan lagi selepas dia mendapat kuasa yang kuat daripada Ochobot.
Sebagai ketua kelas di sekolah, Yaya menunjukkan sikap tegasnya tanpa rasa takut atau berat sebelah dalam mendenda pelajar yang melanggar peraturan disiplin sekolah, baik pelajar biasa ataupun kawan baiknya sendiri. Dia juga tidak akan mengaku kalah dalam persaingannya terhadap Ying untuk mendapat nombor satu dalam setiap ujian dan peperiksaan.
Jenaka yang berterusan adalah ketidakmampuan Yaya untuk membuat kuki dan biskut yang boleh dimakan, di mana dia menjadi kecewa apabila rakan dan orang lain mengelak daripada memakan biskutnya. Dia seolah-olah tidak faham mengapa kue-kue itu tidak dimakan tetapi tidak terangsang apabila orang 'menikmati' penyajiannya.
Semasa dia terkena Pistol Emosi Y, dia memiliki bersifat geli hati, seperti kanak-kanak, dan dia memiliki tabiat yang sering gelak tak henti-henti.
Semasa dia dipengaruhi oleh EmotiBot, dia, bersama dengan Ying, berubah menjadi orang yang suka menari sambil memberikan saran kepada BoBoiBoy dan kawan-kawan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.