8 (nombor)
nombor asli From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
8 (lapan, Jawi: لاڤن atau delapan,[1] Jawi: دلاڤن) ialah nombor asli selepas 7 dan sebelum 9.
![]() |
Cari lapan dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Imbuhan awal SI untuk 10008 ialah yotta (Y), dan salingannya ialah yokto (y).
Remove ads
Peristilahan
"Lapan" atau bentuk lebih lamanya ""delapan" (yang lebih diketahui di Indonesia[2]) dipercayai hasil penyingkatan dari kata majmuk "dua alapan" bermaksud "hasil dua diambil [dialap] daripada sepuluh".[3]
Awalan yang digunakan berkaitan nombor ini ialah asta- (Jawi: استا)[4] yang meminjam dari bahasa Sanskrit iaitu अष्ट aṣṭa.[5]
Dalam matematik
- 8 merupakan nombor genap.
- 8 merupakan nombor komposit
Dalam kepercayaan
Agama
Agama Buddha mempercayai Lapan Jalan Mulia yang dirukunkan; roda yang melambangkan agama ini iaitu Dharmacakra turut mempunyai lapan jejari.[6] Aliran Mahayana lebih melanjutkan perlambangan ini dengan 8 bodhisatwa terpilih: Manjusri, Vajrapani, Avalokiteśvara, Maitreya, Ksitigarbha, Nivaranavishkambhi, Akasagarbha, dan Samantabhadra[7]
Agama Hindu mempercayai lapan sebagai suatu angka yang banyak dan kaya.
Agama Islam menetapkan lapan sebagai bilangan tetap malaikat yang menjaga takhta Arasy Allah di syurga-Nya.[8]
Taoisme mempunyai beberapa benda yang dikaitkan kuat dengan angka ini iaitu prinsip alam asas yang dipercayai[9] dan lapan lembaga (xian) "maha kuasa" yang dipercayai.[10]
Budaya
- Angka ini dilihat membawa tuah dalam banyak masyarakat Asia Timur terutamanya budaya Cina (八; accounting 捌; pinyin bā) kerana mirip perkataan memberi maksud "makmur" atau "tambah kaya" (Cina Tradisional: 發, Cina Ringkas: 发, pinyin: fā). Sebarang harta atau acara kejadian akan sebaiknya dipandang tinggi bila dikaitkan dengan angka ini.[11][12]
- Budaya Jepun turut memandang tinggi angka lapan (八, hachi, ya) selain makna yang ditetapkan dari pengaruh Cina[13] tetapi lebih kepada aksara 八 yang semakin melebar luas lalu dikiaskan kepada meluasnya kekayaan.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads