Abang Sado Boleh Beres

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Abang Sado Boleh Beres ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Khalid Nadzri, dibintangi oleh Julia Ziegler, Reen Rahim, Sabhi Saddi, Zee Zainal, Acap Jamaludin, Ezzaty Abdullah dan Dafi.[1][2][3] Drama ini merupakan siri ketiga dan terakhir dalam trilogi Abang Sado dan memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 13 September 2016 hingga 18 Oktober 2016 menggantikan Kahwin Muda.

Fakta Segera Genre, Pencipta ...

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan tentang 3 rakan, Rahul (Sabhi Saddi), Rayyan (Acap BMB) dan Fariz (Zee BMB) yang mempunyai karektor yang berbeza. Mereka berjaya memulakan bisnes baharu dengan membuka gim di sebuah pusat beli-belah. Bisnes mereka amat maju kerana pelanggan yang mendaftar di gim terdiri daripada pelbagai kategori umur dan saiz badan. Mereka runsing apabila terdapat kaum ibu yang membawa anak-anak mereka datang ke gim. Lebih-lebih lagi apabila anak-anak kecil itu mengacau pelanggan-pelanggan yang lain. Perkara ini terjadi apabila pelanggan tetap mereka yang mulut bising dan mata keranjang bernama Rozita membawa anak lelakinya, Adam yang berumur 7 tahun.

“Jangan risau, abang sado boleh setel,” Rahul yang sentiasa mempunyai idea yang kreatif bertindak untuk membuka ruangan khas bagi penjagaan kanak-kanak. Malah, dengan adanya ruangan khas itu, ia akan menarik ramai lagi pelanggan baharu, terutamanya yang ingin bersenam tetapi terhalang kerana perlu menjaga anak-anak. Namun, timbulnya persoalan siapa yang ingin menjadi pengasuh? Memandangkan mereka bertiga masih muda dan bujang, mereka tidak pandai dalam bab-bab penjagaan kanak-kanak. Sementara mendapatkan seorang pengasuh yang sesuai di gim mereka, Rayyan ditugaskan untuk menjaga kanak-kanak di situ.

Fariz pula berdepan dengan cabaran baharu apabila ditugaskan untuk menjaga adik tiri Linda yang baru berumur 2 tahun. Kelam kabut jadinya apabila si anak kecil itu membuang air besar dan Fariz kekok untuk menukarkan lampin. Masalah mereka selesai apabila Nina, seorang gadis yang muda, cantik dan tegas orangnya dan juga kawan baik kepada Rayyan dan Rahul menawarkan diri untuk menjadi pengasuh di situ. Nina sangat suka akan kanak-kanak dan kebersihan, Fariz tertarik dengan perwatakan Nina dan sentiasa mencari peluang untuk menambat hati.

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads