Abdul Rahim bin Osman

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Abdul Rahim bin Osman atau lebih dikenali sebagai Rahim Inteam merupakan salah seorang anggota kumpulan Inteam yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan pada (1980-09-09) 9 September 1980 (umur 44) dan berasal dari Segamat, Johor.

Fakta Segera Rahim Inteam, Kelahiran ...
Remove ads

Keahlian Dalam In-Team

1998-1999 : Peringkat Awal

Pada tahun 1998, Rahim yang pada ketika itu sudah bergelar mahasiswa di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah mengenali anggota-anggota terawal In-Team termasuklah Syah dan Hazamin memandangkan mereka berada dalam batch yang sama. Pada masa yang sama, Rahim juga telah mengenali Hisyam disebabkan mereka sama-sama menganggotai kumpulan Husaini yang juga kumpulan nasyid rasmi di Pusat Matrikulasi UIA. Rahim yang pada ketika itu sangat akrab dengan anggota In-Team telah diajak oleh mereka berdua untuk membuat persembahan dalam satu konsert berskala besar iaitu Konsert Keranamu Kosovo di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada tahun 1999. Setelah itu, Rahim telah dilamar oleh In-Team untuk menghadiri uji bakat yang dikendalikan oleh Hijjaz Music Entertainment. Namun, Rahim terpaksa menolak untuk bersama dengan In-Team disebabkan beliau telah berpindah ke kampus utama iaitu UIA Gombak satu semester lebih awal daripada anggota In-Team pada ketika itu. Namun begitu, beliau kekal menjadi peminat setia In-Team di mana beliau membeli majalah YES (Yang Elok-Elok Saja) selain turut mempunyai dua album pertama In-Team iaitu Kasih Kekasih dan Impian Kasih.

2002 : Menyertai In-Team

Pada tahun 2002, Rahim telah bertemu dengan Syah di tangga kolej tersebut di mana Syah telah mempelawa Rahim untuk menyertai In-Team, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hisyam. Tawaran tersebut mengejutkan Rahim pada awalnya kerana beliau sedar bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab tersebut apatah lagi In-Team ketika itu merupakan satu nama besar dalam industri nasyid tanah air.

Namun atas dasar ingin menolong dan tidak mahu mengecewakan rakan-rakannya buat kali kedua, Rahim menerima pelawaan tersebut dan terus sahaja diberikan kontrak oleh Hijjaz Records. Setahun selepas itu, lahirlah album ketiga In-Team berjudul Damba Kasih yang juga album debutnya bersama kumpulan tersebut dan sejak itu, Rahim sentiasa menjadi tulang belakang untuk Inteam aktif berkarya sehingga kini.[1]

Remove ads

Latar Belakang Pendidikan

Beliau telah mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat (SMKAS) dan Sekolah Tinggi Segamat (High School Segamat). Kemudian, beliau telah menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1998, juga seperti anggota-anggota asal kumpulan Inteam yang lain.

Album Rahim Bersama Inteam

Maklumat lanjut Tahun, Judul Album ...

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads