Jintan manis

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jintan manis
Remove ads

Jintan manis, adas manis atau adis (nama botani: Pimpinella anisum)[3][4] merupakan sejenis rempah.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Nama binomial ...
Thumb
Jintan manis atau adis.
Remove ads

Penamaan

Nama jintan manis (Jawi: جينتن مانيس) datang daripada rasa manisnya berbanding jintan.[5]

Nama adas manis (Jawi: ادس مانيس) dan adis (Jawi: اديس) datang daripada rasa manisnya berbanding adas pedas.[4]

Botani

Pokok dan daun

Pokok jintan manis jenis tumbuhan herba tahunan yang tumbuh mencapai ketinggian lebih 2–3 kaki (60–90 cm).

Daun-daunnya disusun berselang-seli. Helai daun yang tumbuh di pangkal pokok ringkas manakala helai di batang yang lebih tinggi berbentuk pelepah tunggal dengan ukuran 38–2 in (1–5 sentimeter) panjang dibahagikan kepada banyak anak daun kecil.[6]

Bunga dan buah

Bunga-bunganya berwarna putih atau kuning pada jambak payung dengan garis pusat kira-kira 3 milimeter (18 in) di pucuk pokok. Buahnya kering dan melengkung berbentuk bujur telur dengan ukuran 3–6 mm (32514 in) panjang.[3][5][6]

Remove ads

Kegunaan

Thumb
Minyak pati adis dalam bebuli kaca jernih.

Dalam perubatan tradisional

Sungguhpun tidak dibuktikan secara saintifik, dalam perubatan tradisional, jintan manis dipercayai memiliki banyak khasiat. Ia dipercayai dapat melegakan kesakitan dalaman badan, melancarkan aliran keluar haid, memperbanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi meningkatkan penglihatan mata. Selain itu juga, jintan manis ini dapat membuang lemak di pangkal paha dengan cara merebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga mendidih. Selepas itu air rebusan yang dibiarkan sejuk, diminum setiap pagi dan petang selama empat minggu.[perlu rujukan]

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads