Adnan Yaakob

From Wikipedia, the free encyclopedia

Adnan Yaakob
Remove ads

Tan Sri Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob (lahir 18 April 1950) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Menteri Besar Pahang ke-13 dan mantan ADUN Pelangai selama lapan penggal (1986-2022).

Fakta Segera Menteri Besar Pahang, Raja ...
Remove ads

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Bentong, Pahang. Beliau mendapat pendidkan awal di Sekolah Rendah Sulaiman dan Sekolah Menengah Sulaiman. Beliau mengambil peperiksaan STPM sebagai calon persendirian dan kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1972-1975. Kemudian beliau menyambung mengambil Diploma Pendidikan di universiti yang sama sehingga tahun 1977. Beliau telah dianugerahkan doktor kehormat dari universiti Yarmouk, Jordan.[1]

Remove ads

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Pelangai, Bentong pada tahun 1969 sebelum menyambung pengajian pada 1972. Kemudian beliau meneruskan perkhidmatan sebagai guru sehingga mengambil keputusan berhenti untuk menjadi ahli politik sepenuh masa pada tahun 1985. Pada tahun 1986, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 di DUN Pelangai mengalahkan calon DAP.

Politik

Beliau yang menyertai UMNO pada tahun 1969, telah memegang pelbagai jawatan antaranya Ketua Pemuda Bahagian Bentong dan Ketua UMNO Bahgian Bentong pada 1987. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999, menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu. Kemudian pada 27 Mac 2004, beliau dilantik semula sebagai Menteri Besar Pahang bagi penggal kedua.

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Datin Sri Diraja Junaini binti Kassim yang lahir pada (1958-09-19) 19 September 1958 (umur 66) dan dikurniakan empat orang anak.

Susur Galur

Beliau dikatakan waris yang ke-13 kepada Tun Seri Lanang, Bendahara Johor dan pengarang Sulalatus Salatin.[2]

Pengiktirafan

Beliau telah menerima pengiktirafan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) pada 16 Oktober 2017. Majlis pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim di Hotel Zenith, Kuantan.[3]

Rujukan

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads