Ahmad Ali
ulama dan ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tuan Guru Haji Ahmad bin Ali (Jawi: احمد بن علي) ialah seorang ulama di Malaysia. Beliau merupakan pakar dalam usul fiqah. Dalam bidang politik, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak Parti Islam Se-Malaysia (PAS)[1]. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis di kawasan Guar Sanji, bertanding atas tiket PAS pada tahun 1999 hingga 2004.
Remove ads
Kerjaya
Haji Ahmad pernah menjadi pensyarah di Universiti Malaya pada tahun 1980-an, sebelum berpindah menjadi pensyarah di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei pada 1989 hingga 1999. Beliau kemudiannya pulang ke Malaysia dan menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum pulang ke Perlis.
Beliau kemudiannya menjadi calon dalam pilihan raya umum Malaysia 1999 mewakili PAS di DUN Guar Sanji, dan menang.
Pada tahun 1950-an, beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Sekolah Agama Alawiyah, Arau. Antara anak murid beliau ialah mantan Penasihat Agama Istana Negara, Almarhum Abu Hassan Din Al-Hafiz.
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads