Aku Bidadari Syurgamu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
"Aku Bidadari Syurgamu" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza, dikeluarkan pada 2 Julai 2020 sebagai single keenam dari album studio ke-19 beliau, ManifestaSITI2020 (2020) dan sebagai lagu tema siri drama 7 Hari Mencintaiku 2.[1] Ia dicipta oleh Ippo Hafiz dengan lirik ditulis oleh Siti Rosmizah Semail dan diterbitkan oleh Ippo Hafiz. Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, diarahkan oleh Amir Johari.[2]
Remove ads
Rakaman
Berita mengenai rakaman lagu itu timbul apabila Ippo Hafiz mendedahkan beliau menunggu hampir sedekad untuk bekerjasama dengan Siti. Beliau berkata dalam satu temuramah bersama Berita Harian: "Siapa tak pernah tertawan mendengar lenggok lantunan Siti. Saya sudah lama menyimpan hasrat mencipta lagu untuk beliau. Ia akhirnya jadi kenyataan biarpun hampir 10 tahun menunggu".[3] Menurut Ippo, beliau telah menghantar demo lagu tersebut kepada Siti, namun ditolak sebelum menerima semula demo itu.[4]
Remove ads
Muzik video
Muzik video rasmi untuk "Aku Bidadari Syurgamu" telah dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Siti Nurhaliza pada 22 Julai 2020. Diarahkan oleh Amir Johari, ia mengisahkan pengorbanan seorang anak perempuan terhadap bapanya sehingga ke akhir hayat.[2] Ia telah mencapai jumlah tontonan hampir 100,000 kali sejak dilancarkan.[2] Sehingga 3 September 2020, muzik video "Aku Bidadari Syurgamu" berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 7.3 juta kali pada jam 5 petang.[4]
Remove ads
Ulasan kritis
Dalam ulasan retrospektif beliau mengenai ManifestaSITI2020 di Malaysiakini, Hania Rafei berkata mengenai "Aku Bidadari Syurgamu": "Mendengar lagu yang liriknya ditulis oleh Siti Rosmizah sebenarnya sedap didengar namun bukan pada tahap yang luar biasa. Cukuplah sekadar pelengkap lagu-lagu yang meruntun jiwa dengan penulisan lirik yang begitu terus-terang mesejnya,".[5]
Format dan senarai runut
- "Aku Bidadari Syurgamu" – 3:55
Persembahan carta
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads