Juara Carta Mingguan Muzik Muzik 35
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muzik Muzik memasuki musim ke 35 pada tahun 2020 dan carta mingguannya bermula pada bulan Disember 2019. Berikut adalah senarai lagu-lagu yang pernah menjuarai carta mingguan berdasarkan undian pembaca menerusi borang yang dipaparkan laman web rasmi Muzik Muzik[1]. Muzik Muzik 35 merupakan musim yang bersiaran paling lama iaitu selama 56 minggu termasuk beberapa minggu episod yang dibatalkan gara-gara penularan wabak COVID-19 dan penundaan acara Anugerah Juara Lagu ke-35 bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21. Biarpun Muzik-Muzik 36 bersiaran bermula 15 Mac 2021, rombakan cartanya telah didahulukan pada minggu ke 40 bagi dibawa ke musim ke-36.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Remove ads
Turutan Juara
![]() |
Menandakan lagu paling popular 2020 | ![]() |
Menandakan pemenang Juara Lagu |
- ↑Nota 1 Siaran episod ke-11 tular di media sosial sekitar negara-negara rantau Melayu ekoran kesilapan Sherry Alhadad yang tersasul menyanyikan lagu "Ramadan Tiba" (Opick) menjadi 'Marhaban Tiba' ketika siaran bermula [59].
- ↑Nota 2 Siaran beberapa episod dibatalkan ekoran penularan kes COVID-19 dan juga pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21.
- ↑Nota 3 Episod 44 bersiaran secara #OpenStage buat pertama kali sejak Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21. Di siaran langsung yang sama juga TV3 mengumumkan penundaan acara akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 dari 7 Februari 2021 ke tarikh baharu (kemudiannya diumumkan pada 14 Mac 2021) ekoran penyelarasan semula Standard Operation Procedure COVID-19 [60].
Remove ads
Penundaan acara Separuh Akhir Muzik Muzik 35
Pusingan ketiga separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang ditunda dari tarikh asalnya, 22 November 2020 untuk bersiaran pada 15 Disember 2020.[61]. Isu ini terjadi rentetan penularan kes COVID-19 melibatkan artis-artis yang bertanding [62].
Kontroversi Penjurian SFMM 35
Peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 35 telah mencetuskan kontroversi apabila keputusan 12 lagu yang mara ke peringkat akhir tidak menepati ramalan peminat apabila dua lagu paling popular pada tahun 2020 iaitu "Sakit" (Yonnyboii/Zynakal) dan "Sembah" (Naim Daniel) tidak terpilih. Ketua juri Azmeer dalam satu kenyatan menjelaskan pemilihan lagu ke peringkat akhir tidak mengambil kira nyanyian penyanyi mahupun populariti lagu[63]. Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan beliau dalam edisi sebelumnya dimana nyanyian dikatakan sebagai salah satu elemen penting penjurian[64]. Lagu "Sembah" pula dikatakan tidak layak kerana elemen penampilan muzik oleh gitaris Man Kidal dikatakan menenggelamkan vokal Naim[65]. Pertikaian ini juga menyebabkan wujud ura-ura mengatakan "Sakit" tidak layak ke final kerana masalah disiplin[66]. Selain mendapat kecaman warganet, beberapa artis senior seperti Dato Hattan[67], Dato AC Mizal[68], Joe Flizzow[69], usahawan Dato Sri Vida [70]dan ramai lagi meluahkan kekesalan atas ketidak telusan penjurian AJL dan menyeru barisan juri AJL digantikan dengan pengkarya yang mewakili generasi muda dan bersifat telus. Warganet juga menyeru supaya penjurian AJL lebih bersifat telus, tanpa ada sebarang campurtangan produksi mahupun pilih kasih[71]. Sementara itu pengarah drama terkenal Shahrulezad Mohammedin menasihatkan artis supaya tidak bertanding jika merasakan penjurian tidak adil [72].
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads