Remove ads

Aman Graseka (lahir 28 Februari 1968) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Beliau yang memulakan pada 1991 setelah pulang dari melanjutkan pengajian di luar negara dengan memegang watak-watak kecil dan lagak ngeri sebelum diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem Cinta Kita pada tahun 1995 bergandingan dengan aktres popular Sofia Jane. Dan menerusi watak penulis novel dalam filem tersebut melayakkan beliau bertanding dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-12 [1]. Aman kemudiannya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 1999 menerusi telefilem Amy Anuar yang dilakonkan bersama-sama pelakon/pengarah Adam Hamid.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada tahun 1997 beliau melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi dangdut Mas Idayu secara rahsia. Perkahwinan yang bertahan selama 10 tahun itu dirahsiakan daripada media dan peminat biarpun ramai yang bertanya. Mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang bernama Nur Dayini Asyiqah. [2]

Pada tahun 2018, Aman telah bernikah dengan pelakon dan juga seorang model Reena Areena setelah 10 tahun menduda. Pasangan ini telah diijabkabulkan dalam majlis ringkas di Masjid Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah. Pasangan ini berkenalan ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production di Perlis, tahun 2017 dan mempunyai perbezaan usia 22 tahun [3]. Selain itu, pasangan ini juga dijangka menimang cahaya mata pertama mereka [4] [5].

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads