Astro First

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Astro First merupakan salah satu saluran filem berbayar pertama di Malaysia. Saluran ini menawarkan filem yang ditayangkan secara berulang-ulang dengan jadual yang unik. Astro First dilancarkan oleh Astro pada 13 Januari 2011. Setiap kali pelanggan Astro dan NJOI yang mahu menonton filem di Astro First, pelanggan harus ke saluran 480 & harus membayar RM15 untuk menonton satu filem dalam 2 hari sahaja.

Fakta Segera Negara, Kawasan penyiaran ...

Saluran ini adalah salah satu saluran berjenis PPV (pay-per-view) dan saluran ini secara beransur-ansur menggantikan Astro Box Office Movies & Events. Saluran ini menawarkan filem-filem terkini, juga konsert dan juga komedi yang sebelumnya ditayangkan di Astro Box Office Events.

Remove ads

Sejarah

Pada mulanya, Astro First ialah salah satu saluran pertama di Malaysia yang mempunyai perkhidmatan preview-pay-view (PPV) yang menawarkan filem-filem di Malaysia dan negara jiranya, Indonesia sahaja pada 13 Januari 2011. Namun setelah adanya Astro Best yang menawarkan filem-filem Hollywood, Astro First menukar formatnya yang ia menawarkan filem-filem tempatan dan serata Asia dan Asia Tenggara.

Namun setelah 11 tahun, Astro Best kini telah menamatkan perkhidmatannya rasmi pada 23 Ogos 2023 tetapi kesemua kandungan dari Astro Best telah berpindah ke Astro First dan Astro First hanya menawarkan filem-filem tempatan dan Antarabangsa sahaja.

Astro First menawarkan filem Astro Shaw, Skop Production, Sony Pictures, Universal Pictures, Warner Bros Pictures dan Paramount Pictures.

Pergantian nombor

Remove ads

Galeri

Rujukan

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads