Ameerah Malaysia

unit khas wanita muda Parti Islam Se-Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Ameerah Malaysia adalah sebuah entiti kepimpinan wanita muda di bawah Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM). Ia dianggotai oleh ahli wanita muda PAS di bawah usia 40 tahun. Ia ditubuhkan pada 1 Oktober 2011 di Pulau Pinang serta dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ketua Pengarah Ameerah Malaysia yang terkini adalah YB Mardhiyyah binti Johari.

Fakta Segera Maklumat am, Jenis/bentuk sah ...

Ameerah terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti politik, kemasyarakatan, kebajikan serta diskusi-diskusi ilmiah. Ameerah sudah bertapak di 14 negeri seluruh Malaysia termasuk di kawasan-kawasan dan cawangan-cawangan.

Pada 2024, Ameerah Malaysia telah melancarkan Sahabat Ameerah dalam Himpunan Ameerah Se-Malaysia (HAMRA) 3.0 di Pahang. Sahabat Ameerah telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ybhg Ustazah Nuridah Mohd Salleh. Pendaftaran Sahabat Ameerah ini terbuka kepada semua wanita muda Malaysia berumur 18-40 tahun yang berminat untuk menjadi Sahabat Ameerah. [1]

Remove ads

Ketua Pengarah

  1. YB Mardhiyyah binti Johari (2023-kini)
  2. YB Dr Ustazah Siti Mastura binti Muhammad (2021-2023)
  3. YB Zuraida binti Md Noor (2019-2021[2])
  4. Husna binti Hashim (2017-2019[3])
  5. Siti Farah binti Mohamed (2015-2017[4])
  6. Fareedah binti Samad (2011-2013, 2013-2015[5])

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads