Mardhiyyah Johari

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Yang Berhormat Puan Mardhiyyah Johari (lahir 30 Januari 1988) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) bagi Pengkalan Kundor sejak Ogos 2023.[1][2] Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan Perikatan Nasional (PN).

Fakta Segera Yang Berhormat PuanADUN, Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Pengkalan Kundor ...
Remove ads

Latar Belakang dan Pendidikan

Mardhiyyah Johari berusia 37 tahun, sudah berkahwin dengan seorang pensyarah dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Beliau mendapat pendidikan awal di SK Kodiang,Kedah seterusnya melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh,Kelantan & SMK Jitra, Kedah.

Menyambung pengajian tinggi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dalam bidang Undang-Undang.

Pekerjaan

Selepas menamatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang(Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) (Kepujian), beliau menjalani latihan dalam kamar (chambering) di Tetuan Badrul Samad Faik & Co., Sungai Petani sehingga ditauliahkan sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 26 Januari 2014.

Kini beliau telah 10 tahun beramal sebagai Peguam Sivil dan Syarie. Beliau beramal sebagai peguam di firma guamannya sendiri iaitu Tetuan Mar Johari & Co. yang terletak di Alor Setar Kedah.

Remove ads

Aktiviti Kemasyarakatan dan Politik

Selain daripada itu, beliau juga aktif dalam politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Di dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) , beliau merupakan ketua sayap wanita muda dengan taklifan sebagai Ketua Pengarah Ameerah Malaysia.

Beliau juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah dan Setiausaha Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) Kedah.

Dalam NGO, beliau memegang tanggungjawab selaku Ketua Kluster Undang-Undang Pertubuhan Advokasi & Hak Asasi Manusia Antarabangsa Malaysia (i-Aware) dan Penasihat Association of Research, Development & Women Empowerment Malaysia (ARWA).

Beliau turut menulis sebuah buku bertajuk Mentafsir Semula Hak Asasi Manusia yang mengandungi pandangan tentang isu-isu hak asasi manusia dari kaca mata Islam dan kemanusiaan.

Pada Pilihanraya Umum Negeri yang ke-15, beliau bertanding atas tiket Perikatan Nasional melawan Dato' Dr Ismail Salleh, Pengerusi Parti Amanah Kedah dan menang dengan majoriti besar 11,032 undi.

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads