Anak Mami (siri filem)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Anak Mami merupakan sebuah siri filem berdasarkan telefilem bersiri Anak Mami dan Menantu Mami Cucu Mami yang berkisarkan golongan anak mami, sebuah kelompok masyarakat di Pulau Pinang, Malaysia. Siri filem ini dihasilkan oleh beberapa buah syarikat filem iaitu Grand Brilliance, Metrowealth Movies Production, MIG Beats Sdn Bhd, Gitu-Gitu Productions, NAJ Productions Sdn. Bhd, Lineclear Motion Pictures dan FiTA Studios. Terdapat tujuh filem yang telah dihasilkan iaitu Anak Mami The Movie (2002), Mami Jarum (2002), Mami Jarum Junior (2003), Anak Mami Kembali (2005), Nana Tanjung (2006), Nana Tanjung 2 (2007) dan Anak Mami Nasi Kandaq (2016). Kesemua filem didalam siri filem ini diarahkan oleh Prof. Madya Datuk A. Razak Mohaideen. Piee telah membintangi dalam kesemua filem ini.
Filem Nana Tanjung merupakan filem yang paling berjaya dari segi komersial iaitu dengan kutipan sebanyak RM 3.02 Juta.
Remove ads
Pembikinan
Siri filem ini berdasarkan telefilem bersiri Anak Mami, Menantu Mami dan Cucu Mami yang keempat-empatnya diarahkan oleh Professor Madya dan disiarkan di TV3. Sambutan hebat yang diterima oleh drama-drama itu dengan purata bilangan penonton sebanyak tiga juta orang bagi setiap drama. Selepas enam tahun, skrip filem pertama iaitu Anak Mami The Movie berjaya dihasilkan. [1]
Filem
Anak Mami The Movie
Anak Mami The Movie ialah sebuah filem genre komedi dan keluarga Malaysia arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.
Mami Jarum
Mami Jarum merupakan satu lagi filem terbitan Metrowealth Movies Production dan arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Filem ini berkisar seorang perempuan menangani masalah jiwa tanpa memikirkan keburukan diri. Filem ini ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri tahun 2002.
Mami Jarum Junior
Filem Mami Jarum Junior ini adalah sambungan kepada filem Mami Jarum yang ditayangkan pada tahun 2003. Filem arahan Professor Madya A. Razak Mohaideen ini menampilkan barisan pelakon yang sama seperti filem sebelumnya tetapi watak utamanya telah bertukar daipada Kartina Aziz kepada Rita Rudaini.
Anak Mami Kembali
Anak Mami Kembali ialah filem Malaysia tahun 2005 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.
Nana Tanjung
Nana Tanjung ialah filem Malaysia tahun 2006 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.
Nana Tanjung 2
Filem Nana Tanjung 2 merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 2007. Filem Nana Tanjung 2 diterbitkan dalam bentuk filem warna dan merupakan arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.
Filem Nana Tanjung 2 mula ditayangkan pada 2007 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Shaffii Jaafar, Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda, Ainul Aishah, Sheila Mambo, Jehan Miskin, Mohd Hafiz dan ramai lagi.
Anak Mami Nasi Kandaq
Filem Anak Mami Nasi Kandaq mengisahkan mengenai persaingan dalam perniagaan Nasi Kandar antara keluarga Mamu Nizam (Chik Pak Man Telo) dan Mami Kalsom (Sheila Mambo).[2]
Remove ads
Kru
Sambutan
Remove ads
Anugerah
Festival Filem Malaysia
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads