Saiful Apek
Pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff (lahir 12 Mei 1969) atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek Senario merupakan seorang pelawak lagenda tanah air.
Selain bidang lawak, beliau juga dikenali sebagai seorang pelakon, pengarah, penyanyi, pengacara, penghibur Malaysia. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang paling banyak membintangi filem-filem di Malaysia dari dahulu hingga kini sehinggakan pernah memecah tradisi sebagai pelawak yang paling banyak memegang watak utama dalam setiap filem lakonannya.[1] Terdahulu, beliau merupakan bekas ahli kumpulan Senario dan telah keluar dari kumpulan tersebut beberapa tahun kemudiannya. Namun begitu, kini beliau kembali bersama kumpulan tersebut dengan anggota-anggota asal dan menjenamakan semula diri mereka sebagai Senariounion.[2][3]
Beliau pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ABPBH 2003 lantas mengukirkan nama beliau dalam sejarah sebagai pelawak pertama yang memenangi anugerah tersebut. Terkini, beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Komedi 2021 di Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2021.[4] Pada penghujung 2021, beliau telah dijemput memasuki program nyanyian terbitan Astro, iaitu Gegar Vaganza Musim ke-8 sebagai pasangan duo bersama Yassin Yahya/Anye dan dikenali sebagai kumpulan Sa.Ya.
Remove ads
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan sebagai Muhammad Saiful Azam bin Mohamed Yusoff di Gombak, Selangor. Pada surat beranak dan kad pengenalannya, tertera tarikh 15 Ogos 1969 tetapi hakikat sebenar, tarikh lahir Saiful ialah 12 Mei 1969.[5] Kekeliruan yang wujud itu disebabkan peristiwa 13 Mei 1969 apabila beliau terpaksa diserahkan kepada satu keluarga lain atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan kemudian baru didaftarkan.[5]
Saiful pada mulanya telah dibesarkan oleh Allahyarhamah Jahindun binti Haji Sahin dan suami kedua ibunya iaitu Allahyarham Haji Mohammad Jaafar Ali sehingga pada kematian ibunya semasa Saiful berumur 21 tahun.[6]
Di hari pengebumian ibunya, Saiful baru mengetahui bahawa dia adalah anak angkat setelah tidak dibenarkan untuk mencium dahi jenazah arwah ibu angkatnya itu.[6]
Sekitar tahun 1991, selepas berhijrah ke Singapura, beliau telah tergerak hati untuk mencari orang tua kandung yang telah lama terpisah. Setelah mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber, akhirnya beliau telah ditemukan dengan 6 orang adik beradik kandung bersama dengan kedua orang tua kandung beliau, iaitu Rahmah binti Uyub dan Husin bin Hashim.[6]
Pada tahun 1994, semasa berada di pusat membeli belah Subang Parade, beliau secara tidak sengaja telah bertemu dengan sahabat karib beliau yang pada ketika itu sedang menguruskan pendaftaran sebuah ujibakat televisi, Sinaran Pasport Kegemilangan telah mendaftarkan beliau sebagai peserta. Disitulah titik tolak permulaan kerjaya Saiful Apek sebagai seorang pemain industri di Malaysia.[6]
Remove ads
Kerjaya
Bakat Saiful (yang ketika itu berusia 25 tahun) dicungkil menerusi pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan musim pertama pada 1994 anjuran TV3, sekali gus popular menerusi sitkom Senario yang disiarkan sehingga 2013. Beliau juga pernah menjadi pengacara rancangan hiburan paling popular di TV3, Melodi bersama Ogy Ahmad Daud dengan menggunakan nama Apek.[5]
Saiful memiliki syarikat produksi sendiri iaitu Gitu-Gitu Productions Sdn Bhd dan pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 (ABPBH03).[7] Apek membuat penampilan filem pertama menerusi watak undangan khas dalam filem Puteri Impian 2 arahan Aziz M. Osman lakonan Amy Mastura. Apek dan kumpulannya, Senario muncul bersama dalam filem sulung lakonan mereka, Senario The Movie yang ditayangkan pada 1999. Dalam filem ini, Apek memegang watak bos pesta ria, Apek kemudiannya muncul dalam empat lagi filem lakonan Senario.
Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Rashidi Ishak, Soffi Jikan, Allahyarham Aziz Sattar, Allahyarham Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[8] Apek muncul bersama Faizal Hussein dan Zul Yahya dalam filem aksi komedi penyiasatan MX3 arahan Allahyarham Yusof Kelana yang ditayangkan pada 25 November 2003.[9]
Selain itu, filem-filem lakonannya yang terkenal adalah seperti Jutawan Fakir, KL Menjerit, Gangster, Laila Isabella, Cinta Luar Biasa, Biar Betul, Gila-Gila Pengantin Popular, Kuliah Cinta, Man Laksa, Duyung, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai, Bujang Senang, Lady Boss, Cicak-Man dan banyak lagi.
Pada 1 November 2004, Apek melancarkan kelab peminatnya Apek's F.C (A.F.C) bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara beliau dan peminat.[10][11]
Filem lakonan Saiful yang paling berjaya bagi tahun 2006 ialah Cicak-Man arahan Yusry Abdul Halim. Ini merupakan filem adiwira pertama di Malaysia. Beliau melakonkan watak utama, bersama pelakon yang terlibat termasuk Fasha Sandha, Aznil Nawawi, Yasmin Hani, Yusry KRU, Jalaluddin Hassan, AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie. Apek memegang watak sebagai Hairi, seorang pemuda yang sengaja menelan seekor cicak yang sedang dalam proses uji kaji di makmal. Dia dan rakan karibnya, Danny, bekerja di syarikat milik Profesor Klon, di Bandar Metrofulus.[12] Pada tahun yang sama, beliau muncul dalam rancangan komedi santai Gitu-Gitu Apek yang bersiaran di Astro Ria.[13]
Apek memegang watak sebagai Jimmy dalam filem komedi khayalan, Duyung arahan Abdul Razak Mohaideen yang menggandingkan beliau bersama Maya Karin yang memegang watak sebagai Puteri.[14] Filem ini ditayangkan pada 6 Mac 2008 hingga kejayaan komersial.[15] Beliau turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem ini dengan menyanyikan lagu bertajuk "Aspalela".[16]
Apek kembali menjayakan peranannya sebagai Hairi/Cicakman dalam filem Cicakman 2 - Planet Hitam yang ditayangkan pada 11 Disember 2008.[17] Watak Cicakman lakonan beliau juga membuat kemunculan khas dalam filem The Wedding Game.[18]
Beliau ditawarkan menyertai Maharaja Lawak Mega 2015, namun menolak bagi menjaga kedudukannya sebagai pelawak senior.[19] Bagi beliau, tiada apa lagi yang perlu beliau buktikan dalam pentas lawak.
Namun begitu, beliau menerima tawaran menyertai program nyanyian Gegar Vaganza Musim ke-8 pada penghujung tahun 2021 atas alasan 'sambung belajar' kerana beliau sedar dalam bidang nyanyian, masih banyak lagi ilmu yang perlu beliau perlu pelajari dan terlepas pandang semasa zaman mudanya.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan Roslina Abu Hassan pada 11 Jun 1994. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohd Riyadh Aslam (lahir 1996) dan Mohd Radzin Aiman (lahir 1998).[7][20]
Beliau juga memiliki restoran Gitu-Gitu Char Koey Tiaw yang beroperasi di Pulau Pinang.[7] Pada tahun 2013, Apek mengambil keputusan untuk berhenti merokok kerana mengambil berat aspek kesihatan.[21]
Kontroversi
Saiful Apek didapati bersalah kerana memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya pada 12 Jun 2010.[22] Pada 22 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan beliau membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 25 Jun tahun sama.[23][24]
Apek dan pekerjanya dibebaskan selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.[25] Pada 25 April 2014, Apek bersama tiga pekerjanya masing-masing dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan.[26][27]
Remove ads
Filemografi
![]() |
Menunjukkan filem yang tidak ditayangkan |
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Diskografi
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads