Angkatan Keadilan Insan Malaysia

parti politik di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Angkatan Keadilan Insan Malaysia
Remove ads

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) adalah bekas sebuah parti politik di Malaysia. AKIM merupakan serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diasaskan pada 1995, berikutan percanggahan pendapat dalam kalangan ahli. AKIM kini telah diambil alih dan dijenamakan sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) [4].

Fakta Segera Pemimpin/ketua, Diasaskan ...
Remove ads

sejarah

rekod pilian raya umum

rekod pilian raya umum negeri

Penubuhan

AKIM telah ditubuhkan pada 16 Februari 1995 oleh bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Puteh, Cikgu Musa Salleh kerana tidak berpuas hati dengan Kerajaan PAS Kelantan yang dikatakan tidak melaksanakan hudud dengan segera. Semenjak awal 1991, beberapa pimpinan PAS dari kelompok ini telah mempersoalkan kewibawaan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan kerana kononnya lebih mengutamakan perkara-perkara remeh dalam pentadbiran daripada melaksanakan undang-undang jenayah syariah.

Nik Abdul Aziz pada 2 Februari 1991 telah mempertegaskan bahawa hudud akan dilaksanakan oleh kerajaan secara berperingkat-peringkat, bukannya dengan tergesa-gesa. Dalam pada itu, pada 7 November 1992, draf Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan telah berjaya diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS, sebelum ia dibentangkan di DUN Kelantan pada 24 November 1993. Walau bagaimanapun Cikgu Musa mendakwa PAS tidak mampu mentadbir secara Islam kerana kegagalan menyegerakan perlaksanaan hudud ini.

Ekoran dari rasa tidak puas hati dengan pendekatan bertahap yang dibuat oleh Kerajaan PAS dalam perlaksanaan hukum jenayah syariah ini, pada 5 Februari 1992, Cikgu Musa telah bertindak keluar dari PAS, tetapi gagal menarik ahli-ahli PAS bersama beliau. Pada 13 Julai 1994 beliau mengumumkan penubuhan parti AKIM yang hanya disertai oleh ahli-ahli keluarga dan pengikut tegarnya sahaja. AKIM yang hanya berjaya didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 16 Februari 1995 telah dipimpin oleh Cikgu Musa (1995-1998), Mohd Din Nizam Din (1998-1999), Muhammad Yusof (1999-2002), Hanafi Mamat (2002-2009) dan Zakaria Salleh (2009-2010).

Remove ads

Pilihan raya

AKIM bertanding dalam pilihan raya umum 1995 di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan dan 2 kerusi Parlimen, tetapi hampir semuanya hilang deposit. AKIM bertanding lagi dalam pilihan raya umum 1999 untuk 1 kerusi Parlimen dan 1 kerusi DUN Kelantan, tetapi tidak berjaya.[5] Pada tahun 2008, AKIM bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, tetapi hanya berjaya meraih 92 undian, sekaligus kerugian deposit RM 15,000. Walaupun begitu, beliau berharap agar pilihan raya kecil itu dijadikan landasan untuk mendedahkan partinya kepada umum. Pada 2009, AKIM menyatakan hasrat bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Walau bagaimanapun, bakal calonnya, Harun Mohamad mengumumkan tidak bertanding dan menyatakan sokongan kepada parti PAS[6].

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Jenis ...
Remove ads

Pembubaran

Pada 15 Disember 2010[8], parti ini telah diambil alih oleh kumpulan serpihan PKR yang diketuai oleh Dato' Zaid Ibrahim, bekas Naib Presiden PKR, lalu ditukar nama kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pada 19 Januari 2011[9].

Presiden

Maklumat lanjut Nama, Mula Khidmat ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads