Anjing Xiasi
baka anjing dari China From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Anjing Xiasi[a][1] ialah satu baka tugou yang dinamai sempena kampung Xiasi, Provinsi Guizhou di China. Di sana, ia telah diternak oleh orang Miao selama beribu-ribu tahun.[2][3] Anjing Xiasi, yang dibiakbakakan dalam sejarah sebagai anjing pemburu dan anjing pengawas, dihargai kini kerana membawa kekayaan kepada keluarga.[1][3] Kini, baka ini terancam genting dengan kepelbagaian genetik rendah dan anggaran hanya 270 ekor anjing Xiasi baka tulen yang tinggal.[2][4] Anjing Xiasi kini diterima dalam kebanyakan pertunjukan anjing China.
Remove ads
Sejarah
Menurut folklor China, anjing Xiasi pada asalnya dipanggil anjing Naga Putih (白龙犬, bái lóng quǎn). Semasa pemerintahan Maharaja Qianlong, seorang gabenor dihadiahi seekor anjing ini semasa kunjungan ke Xiasi, Guizhou. Sekembalinya ke ibu kota, si gabenor membawa anjing dalam pemburuan babi hutan dengan Maharaja Qianlong. Maharaja begitu kagum dengan kebolehan anjing itu dalam penangkapan babi hutan tercedera, sehingga baginda bertanya kepada gabenor, "Anjing jenis apakah ini? Ia begitu pantas." Gabenor tidak mahu berkata bahawa ia merupakan anjing Naga Putih kerana Maharaja sering menggelar diri sebagai "Maharaja Naga Sejati", maka dia menjawab, "Ini ialah anjing Xiasi."[5]
Anjing Xiasi telah dibiakbakakan selama berabad-abad di Xiasi dan di sekeliling Xiasi dan di bandar bersebelahan di Provinsi Guizhou.[3][5] Anjing Xiasi, yang terutamanya dikembangkan oleh orang Miao, dikembangkan untuk menjadi anjing pemburu berdaya tahan yang mampu menghadap buruan berbahaya yang terdapat di hutan tebal, di gunung tinggi, dan di jalan berbahaya di rantau itu.[5] Walaupun cukup terkenal di rantau itu, populasi baka ini merosot semasa abad ke-20 dan tinjauan tahun 1999 mendapati hanya 271 ekor anjing baka tulen.[5] Sejak itu, usaha pemuliharaan telah dijalankan untuk memelihara baka ini, yang pertama oleh Biro Penternakan Haiwan Provinsi Guizhou dan kemudian oleh Projek Perkembangan dan Penggunaan Baka Anjing Xiasi.[5]
Remove ads
Penampilan

Anjing Xiasi bersaiz sederhana, berwarna putih atau krim dengan bulu dawai dan hidung merah jambu pucat.[2] Bulunya tebal dan keras, kerap menegak sendiri.[5] Bulu terdapat dengan tiga ukuran panjang: pendek, sederhana, dan panjang. Kepalanya patut bersaiz berpatutan dengan telinga mencucuk, hidung merah jambu, dan mulut persegi. Dadanya dalam dan bulat, dengan tungkai kuat, kaki teguh, dan ekor yang kekal menegak.[3][6][5][7] Jantan adalah setinggi 46–50 sentimeter (18–20 in) pada paras bahu, betina pula setinggi 46–47 sentimeter (18–19 in). Berat yang diingini untuk jantan ialah 16–20 kilogram (35–44 lb) dan untuk betina ialah 14–18 kilogram (31–40 lb).[5]
Anjing Xiasi terkenal kerana kepantasan dan daya ketahanannya serta patut mempunyai struktur padat dengan pergerakan pantas dan tangkas dan kuasa meletup.[5][7] Anjing ini ialah pemburu cemerlang, setia dan patuh kepada manusianya, dan ramah dengan orang asing.[5]
Remove ads
Kesihatan
Pengujian genetik menunjukkan bahawa baka ini mempunyai kepelbagaian genetik rendah dan mungkin paling berkait rapat dengan mastif Tibet.[4]
Lihat juga
Catatan
- Jawi: انجيڠ شياسي; Cina: 下司犬; pinyin: Xiàsī quǎn; bahasa Inggeris: Xiasi dog
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads